Kel!ru Tentang V4ksin untuk Ibu Menyusu, Netizen Titip Jawapan Serta Pandangan Untuk Ummi Nazeera

Sehingga kini ramai lagi rakyat Malaysia yang sabar menanti bagi memenuhi temujanji v4ksinasi mereka.

Namun bagi sesetengah golongan seperti ibu mengandung serta ibu menyusu, mereka perlu mendapatkan nasihat doktor serta maklumat lanjut tentang v4ksinasi yang ditetapkan untuk mereka.

Bagi pelakon Ummi Nazeera, beliau merupakan salah seorang yang setia menanti namanya dipanggil untuk menerima v4ksin disebabkan beliau kini sedang menyusukan anak keduanya.

Ummi baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya pada 2 Jum lalu yang diberi nama Aysha Arsylia.

Menerusi posting di laman Instagram miliknya, Ummi memberitahu bahawa beliau berasa sedikit keliru tentang v4ksin yang disediakan khas untuk ibu menyusu.

Disebabkan itu pelakon berusia 30 tahun itu telah meminta bantuan daripada pengikutnya di laman Instagram bagi menjawab persoalan serta kongsikan pengalaman mereka yang sudah menerima v4ksin.

Kebanyakan komen yang ditinggalkan semuanya membantu baik dan menjelaskan keadaan mereka selepas div4ksin.

Ummi turut berterima kasih atas respond yang diberikan oleh para pengikutnya.

Buat semua ibu mengandung atau ibu menyusu, jika anda mempunyai sebarang persoalan boleh lah baca di Instagram Ummi, sama-sama kita tambah ilmu pengetahuan okay!

 

Sumber foto: Instagram Ummi Nazeera

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Hot Fm

Be the first to comment on "Kel!ru Tentang V4ksin untuk Ibu Menyusu, Netizen Titip Jawapan Serta Pandangan Untuk Ummi Nazeera"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*