Sayu… bapa Ebit ten4t, masih sempat minta anaknya sempurnakan kerja – “InsyaAllah akan balik dalam masa terdekat”

 

 

PENDAKWAH terkenal, Ustaz Ebit Lew sekali lagi diduga apabila keadaan kesihatan bapa kesayangannya semakin tenat.

Perkara itu dimaklumkan Ebit menerusi satu perkongsian di laman sosial.

Ebit bagaimanapun tidak dapat berada di samping bapanya kerana masih di luar negara ketika ini untuk misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Justeru Ebit memohon semua pihak untuk terus mendoakan kesihatan dan kesejahteraan bapanya yang kini terlantar di h0spital.

 

“Mohon doakan ye. Sakit ayah semakin berat. Sekarang di h0spital di jaga oleh abang saya. Mohon doakan Allah hilangkan rasa sakitnya dan beri cepat sembuh. Ya Allah sembuhkanlah ayahku,” tulisnya.

Perkongsian Ebit di laman sosial.

 

Menurut Ebit, dia berkesempatan untuk bercakap dengan bapanya menerusi panggilan telefon dan dinasihatkan untuk meneruskan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Bila call ayah masa sedar, ayah cakap sempurnakan kerja di sana kerana Allah. Hidup ini satu perjuangan. Kadang dah tak sedar sangat. Ya Allah.

“InsyaAllah akan balik dalam masa terdekat. Doakan yer semuanya,” ujar Ebit.

 

Rata-rata pengikut Ebit termasuk selebtiti mendoakan agar bapanya diberikan kesembuhan.

“Semoga dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT buat ayahanda Ustaz Ebit Lew.”

“Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Amin.”

“InsyaAllah ustaz,” demikian antara ribuan mesej di ruangan komen.

Ebit sewaktu menziarah bapanya di h0spital, April lalu.

 

Pada April lalu dilaporkan bapa Ebit dimasukkan ke H0spital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di Kelantan.

Pendakwah itu juga sering menziarah dan menjaga bapanya sepanjang bapanya dir4wat di h0spital.

Ebit bagaimanapun tidak menjelaskan peny4kit yang dialami bapanya, Ibrahim Lew, namun memberitahu kesihatan bapanya berusia 84 tahun itu mer0sot.

Ketika ini Ebit bersama pasukannya dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Sayu… bapa Ebit ten4t, masih sempat minta anaknya sempurnakan kerja – “InsyaAllah akan balik dalam masa terdekat”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*