Fasha Sandha Kongsi Rutin Harian Sebagai Ibu Semasa ‘Lockdown’

 

 

Pelakon, Fasha Sandha sebelum ini memang suka berkongsikan video masakan di laman Instagramnya sehinggakan peminat mulai resah dan “rindu” jika Fasha jarang kongsikan video masakan. Sebelum ini Fasha pernah berkata bahawa kadang-kadang dia tiada masa untuk menyunting video masakan dan kongsikan di laman sosial. Lagipula selalunya dia rakam video masakan hanya untuk suka-suka. Tak sangka pula ramai yang tonton.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Terbaru, Fasha kongsikan dia memasak sarapan pagi buat keluarga. Kata Fasha menerusi posting tersebut,

“Seorang ibu tidak pernah bercuti walaupun lockdown”.

Tambahnya, bermula sahaja waktu Subuh dia perlu pantas bergerak bak lipas kudung bagi menyiapkan sarapan buat keluarga. Sinonim betul situasi ini dengan para ibu kan? Buat para ibu, ini adalah pengalaman yang memang dirasai sendiri oleh kebanyakkan.

Menurut Fasha, selain mendoakan kejayaan dan kebahagiaan buat anak-anak, memasak untuk mereka adalah perkara yang tidak boleh diabaikan. Bagi Fasha tidak kiralah semoden dan setinggi mana pangkat seseorang, setiap anak pasti mahu makan masakan ibu kerana air tangan ibu sememangnya adalah yang terbaik.

Menerusi perkongsian video tersebut, Fasha dilihat memasak nasi goreng sebagai bekal buat adik lelakinya yang keluar bertugas pada awal pagi serta buat suaminya. Manakala buat anak-anaknya, Fasha sediakan sarapan scrambled egg bersama roti telur yang mempunyai ukiran senyuman (menggunakan sos) di atas. Comelnya Fasha layan ahli keluarga. Malah, adik lelakinya nak pergi kerja pun Fasha sanggup tunggu depan pintu rumah bersama anaknya untuk memastikan dia selamat.

Iyalah, pastinya sebagai seorang kakak, isteri dan ibu mereka mahukan yang terbaik buat setiap ahli keluarga. Walaupun video yang dirakamkan hanya sekejap namun dapat lihat betapa Fasha menguruskan keluarganya dengan penuh kasih sayang.

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata suka dengan video yang dikongsikan. Ada yang komen memang minat lihat Fasha masak untuk keluarga kerana nampak pelakon ini masak dengan kasih sayang. Masakan yang Fasha selalu masak dan hidangkan pun semuanya nampak macam masakan yang ibu kita selalu buat. Lihat masakan Fasha teringat masakan ibu.

 

Ramai yang memuji Fasha Sandha sebagai wanita yang hebat. Bukan sahaja dia menguruskan anak-anak dengan baik tetapi dia juga adalah anak, kakak dan isteri yang baik. Ini patut dijadikan inspirasi buat wanita di luar sana. Berjaya dalam kerjaya tidak semestinya kita tidak boleh berjaya dalam mengurus hal keluarga juga. Apa pun kita doakan agar Fasha terus berbahagia di samping keluarga.

 

Sumber: Fasha Sandha

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : hotfm

Be the first to comment on "Fasha Sandha Kongsi Rutin Harian Sebagai Ibu Semasa ‘Lockdown’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*