“Sayang betul wife dia”- [VIDEO] Doa Isteri Dipermudahkan Bersalin, Suami Siap Bern4zar Untuk Sp0nsor 100 Ibu Hamil

Proses bersalin itu adalah satu proses yang memerlukan tenaga dan pengorbanan seorang ibu yang sangat besar. Suami yang faham peritnya proses ini mesti akan risau dengan keadaan isteri mereka yang bakal bersalin tak lama lagi.

Pengalaman yang sama turut dirasainya oleh lelaki ini bila isterinya yang sarat mengandung bakal melalui proses melahirkan anak dalam masa terdekat.

 

Bernazar untuk sponsor 100 orang ibu hamil

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh Yusi Fadila di Tiktok semalam, dia berkesempatan melawat kawan dia yang bakal bersalin di sebuah pusat perubatan. Dalam video itu juga korang boleh tengok yang suami kawan dia itu agak resah sampai tak berhenti peluk dan usap perut isterinya itu.

Lebih menyentuh hati, si suami tak putus-putus mendoakan keselamatan isteri dan anak yang bakal dilahirkan nanti. Suami mana je tak risau bila isteri dia nak bersalin kan.

Bukan itu sahaja, suami rakannya itu siap bernazar yang dia akan sponsor 100 orang ibu hamil yang kurang berkemampuan. Harapnya dengan nazar ini dapat memudahkan proses bersalin isteri dia nanti.

 

 

Ramai yang mendoakan 

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen juga mendoakan agar proses bersalin wanita itu berjalan dengan lancar. Ramai juga yang tersentuh melihat kasih sayang yang dicurahkan oleh si suami kepada isterinya. Memang nampak dia sayang sangat dekat wife dia tu.

Kita doakan semoga wanita itu dapat melahirkan anak dalam kandungan dengan selamat dan semoga baby dalam perut tu pun dalam keadaan baik. Amin…

 

Sumber: Yusi Fadila

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "“Sayang betul wife dia”- [VIDEO] Doa Isteri Dipermudahkan Bersalin, Suami Siap Bern4zar Untuk Sp0nsor 100 Ibu Hamil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*