Pemuda Subang ‘terper4ngkap’ di kampung buat ramai cembvru, tak tahan rindu pulang ke desa

SEJAK pandem1k Cov1d-19 mel4nda, ramai dalam kalangan kita yang sudah lama tak pulang ke kampung halaman.

Namun, video-video suasana desa yang dikongsi jejaka ini ternyata mengubat kerinduan kita semua.

Antara yang mencvri tumpuan, tentunya video memaparkan aktiviti menggagau ikan yang dilakukan di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

Menurut perunding pelancongan yang juga seorang content creator, Muhammad Nazirul Hakim Arman, 26, aktiviti menggagau ikan itu biasanya dilakukan apabila tiba musim menuai padi.

“Saya sebenarnya menetap di Subang. Saya balik kampung sebelum l0ckdown tempoh hari dan terper4ngkap di sini. Sekarang dah tak boleh rentas daerah.

“Aktiviti menggagau ikan merupakan salah satu aktiviti wajib di kampung saya. Lagi-lagi sekarang padi dah dekat musim menuai.

Nazirul merupakan perunding pelancongan dan content creator.

 

“Jadinya ikan memang banyak. Antaranya haruan, sepat dan puyu. Saya cuma nak kongsi aktiviti disini, mungkin ia dapat mengubat kerinduan bagi mereka yang dah lama tak balik kampung,” ujarnya.

Video-video aktiviti kampung yang dikongsi di Instagram dan TikTok miliknya turut dihujani dengan pelbagai komen.

Namun kata Nazirul, rata-rata netizen mengakui rindu kampung halaman sendiri gara-gara menonton video yang dihasilkannya.

Dengan aktiviti macam ni, ia menggamit nostalgia dulu-dulu.

NAZIRUL

 

“Sekarang PKP, ramai netizen kata mereka dah lama tak balik kampung. Mereka kata seronok tengok kampung saya.

“Dengan aktiviti macam ni, ia menggamit nostalgia dulu-dulu. Suasana macam ni ‘rare’ untuk kita jumpa sekarang.

Video dikongsinya turut tular di TikTok.

 

Menurut Nazirul, menerusi platform Insatgram dan TikTok, dia juga mahu berkongsi content berkaitan seni bina rumah tradisional Melayu.

Berkongsi pengalamannya yang sudah empat tahun berjinak-jinak dengan hobi sebagai content creator, Nazirul berkata dia hanya menggunakan peranti telefon sahaja.

Hasil yang diperolehi menerusi aktiviti menggagau ikan di sawah padi.

 

“Nasihat saya kepada mana-mana individu yang baru nak berjinak-jinak, guna telefon pun boleh saja.

“Selama beberapa tahun ini, saya hanya guna telefon. Tak pernah pakai dron atau kamera profesional.

“Yang penting kita kena tahu subjek dan kreatif,” ujarnya lagi.

 

Untuk rekod, Nazirul memiliki 31,700 pengikut di TikTok dan 18,000 pengikut di Instagram.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: mStar

 

Be the first to comment on "Pemuda Subang ‘terper4ngkap’ di kampung buat ramai cembvru, tak tahan rindu pulang ke desa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*