Bayi Berusia 35 Bulan Positif Covid

 

LULUHNYA hati melihat kanak-kanak atau bayi baru lahir dijangkiti Covid-19. Tak dapat membayangkan tubuh yang masih lemah itu digerogoti virus ganas.

Hal sama dikongsikan oleh seorang kakitangan perubatan tentang bayi berusia 35 hari disahkan positif koronavirus.

Menurutnya, bayi tersebut merupakan pesakit termuda yang pernah dirawat. Lebih mengejutkan apabila ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang dilakukan terhadap si kecil itu mencatatkan keputusan positif.

“Simpan sini buat kenangan. Tiap-tiap hari ambil pesakit positif Covid-19. Tapi hari ini dapat yang paling kecil hantar ke wad.

“Sebak bercampur geram sebab budak itu tidak bersalah apa-apa. Sebulan lima hari positif ujian RTK PCR,” kongsinya.

 

Pun begitu, beliau tidak mendedahkan maklumat peribadi bayi tersebut.

“Jalan cerita pesakit biarlah rahsia. Tapi budak itu tidak berdosa. Ini belum part bayi itu kena buat swab. Nasib aku tidak nampak. Kecil lagi alahai,” tulisnya di Facebook.

 

Selain itu, pegawai perubatan terbabit juga menasihatkan agar tidak menziarahi jiran atau golongan yang berisiko tinggi antaranya warga emas dan kanak-kanak.

“Minta tolong sangat-sangat supaya jangan datang ziarah atau merayau ke rumah ada bayi, warga emas dan lain yang boleh mendatangkan mudarat.

“Jangan nak peluk cium anak orang sesuka hati sebab tidak tahu status (kesihatan) kita. Tidak rasa bersalahkah seandainya terjadi sesuatu kepada mereka?

“Tolong jaga SOP. Covid-19 itu benar. Semoga bayi itu cepat sembuh dan sentiasa dilindungi,” luahnya.

 

Setakat 31 Mei lalu, sebanyak 19,851 kes Covid-19 adalah membabitkan golongan bayi dan kanak-kanak hingga berusia empat tahun.

Sehubungan itu, para ibu bapa dan orang dewasa disarankan supaya sentiasa bertanggungjawab melindungi anak-anak daripada dijangkiti Covid-19. Jangan dedahkan mereka pada kawasan yang berisiko.

Sumber: Encik Anuar Kah

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : sinarharian

Be the first to comment on "Bayi Berusia 35 Bulan Positif Covid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*