Gagal Bawa Isteri Ke Eropah, Hafizh Syahrin Luah Rasa Kec3wa Terhadap Imigresen Malaysia

Sebut mengenai Hafizh Syahrin pastinya peminat sukan permotoran akan mengenalinya. Berjaya menjadi anak tempatan yang mewakili sukan MotoGP dan kini Moto2 sekaligus mengeasahkan kehebatan beliau dalam sukan permotoran.

Terbaharu, beliau sekali lagi dilaporkan ‘meletup’ di akaun Instagram beliau selepas meluahkan kekecewaan terhadap pihak Imigresen Malaysia selepas isteri beliau dimaklumkan gagal untuk mengikuti beliau menyertai perlumbaan di Eropah.

Difahamkan pengalaman perlumbaan lalu benar-benar membuka mata beliau untuk memastikan salah seorang individu yang dekat dengan beliau berada bersama.

 

Sumber: Instagram Hafizh syahrin

 

Beliau juga turut mendakwa bagai meminta sedekah terhadap Imigresen Malaysia sedangkan beliau berlumba demi Malaysia. Hafizh Syahrin juga turut mengakui terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk berlumba.

Difahamkan sebab pihak Imigresen Malaysia tidak membenarkan isteri Hafizh Syahrin berangkat ke Eropah berikutan situasi negara yang diserang dengan pandemik c0v1d-19 serta perlaksaanan sekatan pergerakan penuh dalam membendung perjalanan ke luar negara dihadkan.

Menerusi situasi yang berlaku, para netizen nampaknya turut melemparkan pelbagai komen di mana terdapat pihak yang menyokong tindakan Hafizh Syahrin dan terdapat netizen yang kurang bersetuju dengan beliau.

 

Sumber: facebook Harian Metro

 

Sumber: facebook Harian Metro

 

Sumber: Facebook Harian Metro

Menerusi rekod terbaru, Hafizh Syahrin berjaya menamatkan perlumbaan Moto2 Grand Prix (GP) Itali di keduduk4n kesembilan, Ahad lalu. Sama-sama kita doakan semoga lebih banyak kejayaan berjaya diperoleh pelumba negara ini.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : www.thevocket.com

Be the first to comment on "Gagal Bawa Isteri Ke Eropah, Hafizh Syahrin Luah Rasa Kec3wa Terhadap Imigresen Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*