Ain Edruce, Suami Dedah Wajah & Nama Puteri Sulung

Pelakon dan pengacara Ain Edruce sudah melahirkan bayi pertamanya pada 19 Mei 2021.

Oleh itu, beliau buat kali pertamanya telah memuat naik kandungan terbaharu di akaun YouTube milik beliau yang turut menampilkan anak perempuannya.

Melalui video yang dikongsikan, Ain juga ada menjawab beberapa soalan yang ditujukan kepadanya.

Antara yang menarik adalah apabila Ain menceritakan keadaan suaminya, Amirul yang hampir pengsan ketika doktor menyuruhnya memotong tali pusat anak mereka.

Disebabkan itu, Amirul telah gagal untuk berbuat demikian kerana tidak berani.

Suami Ain juga menceritakan tentang dirinya yang dimarahi Ain ketika dalam dewan bersalin.

Apapun yang paling dinanti-nantikan, pasangan itu memperkenalkan nama anak mereka, Soraya binti Muhammad Amirul Hafiz.

Lebih menarik, wajah puteri itu juga didedahkan untuk tatapan ramai.

Comelnya Soraya!

Semoga Soraya membesar dengan sihat dan membahagiakan kedua-dua ibu bapanya.

 

Sumber: YouTube Ain Edruce

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : hotfm

Be the first to comment on "Ain Edruce, Suami Dedah Wajah & Nama Puteri Sulung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*