Tiktok “Femes” Senang-Senang Je Jadi Penyanyi, Netizen Kecewa Dengan Industri Muzik Sekarang

 

 

Nampaknya bukan lah susah untuk menjadi penyanyi atau selebriti di Malaysia apabila seorang TikToker juga kini sudah mempunyai lagunya yang tersendiri.

TikToker berkenaan yang dikenali sebagai Suekhaizar turut terkenal di aplikasi TikTok kerana mempunyai pengikut sebanyak 1.3 juta.

@suekhaizhar

Reply to @aimanrazalii__ #suekhaizhar #fyp #ttsuekhaizhar #thehufflepuffsq

♬ Welut Welut Kang Copett – Kifli_laode

Apa yang membuatkan ramai berasa terkejut ialah kerana lagu yang berjudul Aku Budak Girl itu bagaikan tidak sesuai dibawa oleh Sue ditambah pula dengan judul yang agak pelik.

 

Dalam masa yang sama, netizen turut tertanya-tanya tentang ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi seorang penyanyi.

Lagu berkenaan turut didengar mempunyai autotune yang terlebih sehingga membuatkan pendengar tidak dapat mendengar suara asli penyanyi tersebut.

Walaupun ramai yang mengecam, tetapi penyanyi Baby Shima turut memberi kata-kata sokongan kepada Sue supaya beliau dapat meneruskan usaha dalam bidang nyanyian.

 

Image

 

Namun ada yang turut menyalahkan producer lagu berkenaan kerana dilihat seperti mempergunakan Sue untuk meraih populariti dan wang semata-mata.

 

Bagi mereka, untuk menjadi penyanyi haruslah mempunyai bakat supaya karya yang dihasilkan itu akan membuatkan orang terus mengingatinya.

Tapi apa pun, mungkin disebabkan Sue merupakan pendatang baharu, kita harus berikan peluang kepadanya untuk memperbaiki kekurangan diri.

Sumber foto dan video: Twitter dan YouTube

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : hotfm

Be the first to comment on "Tiktok “Femes” Senang-Senang Je Jadi Penyanyi, Netizen Kecewa Dengan Industri Muzik Sekarang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*