Aliran trafik ke pantai timur sesak sejak pagi tadi, ini pendapat netizen

PETALING JAYA – Berbaki dua hari menjelang ‘total lockdown’, aliran trafik sesak teruk di Tol Gombak dan Tol Sungai Besi, hari ini.

Trafik didapati sesak di kedua-dua tol menghala ke pantai timur dan selatan tanah air yang dirakam sekitar pukul 10 pagi tadi.

Gambar aliran trafik itu tular di sebuah page di laman sosial Facebook sebentar tadi hingga mendatangkan kemarahan dan kecaman oleh netizen.

 

Komen

“Nak balik kampung ler tu,”  Kamarul Afendi.

“Bawak lah sekali Covid ke kampung halaman masing-masing dan sebarkan sekali di sana ya…, ”  Zan Haziq.

“Macam ni punya perangai, 10 kali buat ‘lockdown’ pun tak jadi ape,” Ikram Kadir.

 

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang merentas negeri tanpa surat kebenaran termasuk mengambil peluang ‘lockdown’ untuk balik ke kampung.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam berkata, menerusi ‘total lockdown’ atau perintah berkurung penuh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). – K! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : mediabawang

Be the first to comment on "Aliran trafik ke pantai timur sesak sejak pagi tadi, ini pendapat netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*