“Tiga Tahun Tut0p T0mpok Putih Dengan Bed4k Asas,” Kini T4mpil Lebih Y4kin Seperti M0del Victoria’s Secret

SEORANG pemuda secara tiba-tiba menjadi perhatian di aplikasi TikTok, bukan kerana tarian atau jenakanya tetapi kerana keunikan yang dialami pada wajahnya.

Walaupun kelainan itu disebabkan oleh penyakit kulit vitiligo atau sopak, anak muda itu begitu berani tampil dengan penuh yakin di media sosial.

Bagaikan influencer, pemuda itu rajin membuat video-video mengenai dirinya dan menjawab pertanyaan netizen selain ruangan komen dihujani kata-kata sokongan dan pujian.

Pemuda berkenaan, Wan Abdul Hakim Wan Abdul Halim berkata, dia mengalami penyakit kulit itu secara tiba-tiba pada usia 19 tahun, bermula dari tompokan kecil berwarna putih.

Wan sebelum mengalami vitiligo.

 

Anak muda berusia 22 tahun itu memberitahu, tompokan itu kemudian merebak sehingga ke sebahagian mukanya sejak tiga tahun lalu.

“Sepanjang tempoh tiga tahun saya alami vitiligo, paling mencabar bagi saya adalah menghadap orang ramai, dan pada mulanya bimbang dengan persepsi mereka.

“Masa tu saya fikir apa orang lain cakap bila pandang saya. Tambahan pula segelintir masyarakat begitu memandang penampilan orang lain,” katanya kepada mStar.

Peringkat awal tompokan putih pada wajah Wan.

 

Lebih mesra disapa Wan, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa berani menampilkan wajahnya yang unik itu menerusi aplikasi TikTok.

“Tujuan saya berkongsi pengalaman saya adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di negara ini mengenai vilitigo ini supaya ia tidak dipandang pelik.

“Saya mahu masyarakat bersikap terbuka mengenai vitiligo dan menarik lebih ramai individu senasib dengan saya untuk lebih yakin dengan diri mereka,” ujarnya yang berasal dari Pasir Gudang, Johor.

Wan mendapat inspirasi daripada model antarabangsa, Winnie Harlow yang juga menghidap vitiligo. foto AP

 

Siapa sangka anak bongsu daripada tiga beradik itu sebenarnya mengambil masa membina keyakinan untuk berada di tempat awam atau berjumpa orang ramai.

“Selama tiga tahun sejak 2019, saya pakai bedak asas untuk tutup bahagian tompokan putih di muka saya. Saya perlu campur dua warna bedak asas untuk menjadi tona kulit saya sekata.

“Saya menghabiskan kira-kira 20 minit untuk pakai bedak asas, membabitkan perbelanjaan yang tinggi sedangkan saya masih belajar,” ujarnya yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Khidmat Pelanggan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor.

Wan kini lebih yakin dengan diri sendiri.

 

Dalam pada itu, Wan yang pernah menjalani rawatan dan mengambil ubat mendedahkan hatinya terdetik untuk menjadi lebih yakin dengan dirinya sendiri sejak pandemik Covid-19 yang memerlukan pemakaian pelitup muka.

“Setiap kali pakai dan buka face mask sama ada di rumah atau di restoran untuk makan, kesan bedak asas yang saya pakai melekat pada face mask.

 

Saya mahu masyarakat bersikap terbuka mengenai vitiligo dan menarik lebih ramai individu yang senasib dengan saya untuk lebih yakin dengan diri mereka

WAN

 

“Jadi, saya fikir buat apa saya perlu belanja mahal-mahal semata-mata untuk tutup tompokan putih tu demi orang lain. Saya sepatutnya perlu bangga dengan diri sendiri.

“Tengok macam model antarabangsa bagi jenama Victoria’s Secret, Winnie Harlow. Dia juga mengalami vitiligo, malah seluruh badan selain muka tapi dia yakin dan tetap cantik,” ujarnya yang menjadikan model fesyen itu sebagai insiprasi.

Keadaan vitiligo pada wajah Wan beransur pulih.

 

Susulan videonya di aplikasi TikTok menjadi tular, katanya, lebih ramai individu yang turut mengalami penyakit kulit berkongsi pengalaman mereka.

“Saya amat berharap sikap keterbukaan dan penerimaan yang baik terhadap mereka yang menghidap vitiligo menjadi normalisasi dalam masyarakat,” katanya sambil menambah keadaan kulitnya itu mula beransur pulih sejak awal tahun ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Sumber : mStar

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : motifviral

Be the first to comment on "“Tiga Tahun Tut0p T0mpok Putih Dengan Bed4k Asas,” Kini T4mpil Lebih Y4kin Seperti M0del Victoria’s Secret"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*