Tular Lelaki Ditarik Keluar Dari Masjid, Pihak Polis Perjelaskan Kejadian Yang Sebenarnya

 

 

Georgetown: Orang ramai diminta berhenti menyebarkan berita tidak benar mengenai penahanan lelaki di Masjid At-Taqwa, Gelugor, di sini, kelmarin.

Ia susulan video mengenai penahanan lelaki berkenaan yang tular di media sosial dan dikaitkan dengan kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

Ketua P0lis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, menerusi pemerhatian di media sosial, terdapat maklum balas warganet yang mendakwa lelaki terbabit ditahan anggota Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Timur Laut atas kesalahan melanggar SOP di masjid.

 

“Ia tidak benar kerana lelaki berusia 35 tahun itu ditahan berikutan mengganggu jemaah menunaikan solat selain membawa sebilah pisau.

“Orang ramai dinasihati supaya tidak menyebar dan menularkan kenyataan yang tidak benar mengenai kes ini,” katanya di sini, semalam.

 

Terdahulu lelaki yang memakai baju Melayu berwarna hijau itu dilaporkan berlegar di dalam masjid dengan memegang pisau sambil mengganggu jemaah pada jam 8.25 malam.

Pemeriksaan pada beg sandang suspek menemukan pisau berukuran 13 sentimeter.

Suspek yang ditahan sudah direman selama tiga hari sehingga esok (24 Mei) dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.Suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Kredit:HMetro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : awattsyeikh

Be the first to comment on "Tular Lelaki Ditarik Keluar Dari Masjid, Pihak Polis Perjelaskan Kejadian Yang Sebenarnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*