Deborah Henry persoal kenapa wanita islam di Malaysia tidak boleh sertai Pertandingan Miss Universe

Umum telah mengetahui tentang fatwa mengenai haram dan berdosa bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik.

Namun masih ada lagi yang mempertikaikan dan dipersoalkan perkara tersebut.

Terbaharu, pengacara dan Miss Universe 2011, Deborah Henry telah mempersoalkan kenapa wanita Islam di Malaysia tidak dibenarkan menyertai pertandingan Miss Universe menerusi satu entri di Instagram.

“Mengapa muslim di Malaysia tidak boleh menyertai Miss Universe? Jika ia disebabkan pemakaian bikini, mereka boleh memakai bodysuit bertutup penuh.

“Bukankah itu penyelesaian kepada fatwa. 2021! Sudah tiba masanya semua wanita dapat mewakili Malaysia di pentas Miss Universe,” tulisnya.

 

Dalam pada itu, Deborah turut mencadangkan keputusan tidak membenarkan wanita Islam bertanding yang dibuat sebelum ini dinilai semua.

“Adalah satu penghormatan untuk mewakili negara kita, Malaysia di pentas antarabangsa.

“Sudah tiba masanya semua wanita di negara kita dibenarkan untuk memilih. Saya rasa kita perlu menilai semula keputusan ini,” ujarnya.

 

Sumber: Instagram Deborah Henry

 

Sumber : updatenews-48

Be the first to comment on "Deborah Henry persoal kenapa wanita islam di Malaysia tidak boleh sertai Pertandingan Miss Universe"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*