Giliran Awie Kant0i Langgar SOP. Lagu Ini Yang Awie Nyanyi Waktu SOP Semua Diabaikan (Video)

Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie, akan dipanggil untuk diambil keterangan susulan dakwaan beliau melang.gar prosedur operasi standard (SOP) pada satu majlis.

Ketua Jabatan Siasatan Jena.yah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata penganjur serta beberapa individu yang terbabit dengan majlis yang dihadiri artis terbabit turut akan dipanggil dalam tempoh terdekat ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan jam 12.43 tengah malam tadi, berhubung dakwaan pelang.garan SOP oleh vokalis kumpulan Wings’s itu ketika menjayakan satu misi kemanusiaan.

“Kesemua yang terbabit dalam kes ini termasuk penganjur program akan dipanggil ke Ibu Pejabat Po.lis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk diambil keterangan.

Vokalis kumpulan Wings's, Datuk Awie

“Siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera dan akan dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk sebarang keputusan,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Sukri berkata, polis memohon agar individu-individu yang terbabit atau mempunyai maklumat untuk hadir bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Pen.yakit Berjan.gkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penya.kit Berjan.gkit (Kawalan Pergerakan Pemulihan) No. 3, 2021.

“Polis Melaka juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan kegagalan berbuat demikian akan diambil tindakan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 42 saat memaparkan Datuk Awie bersama beberapa individu tanpa memakai pelitup muka, membuat persembahan yang dipercayai berlangsung pada 30 April lalu.

Lagu ini yang AWIE nyanyi ..

Dipenjara Janji, ini yang Awie nyanyi bersama sama pengunjung disitu.

Sumber : BHARIAN ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : awatttsyeikhh

Be the first to comment on "Giliran Awie Kant0i Langgar SOP. Lagu Ini Yang Awie Nyanyi Waktu SOP Semua Diabaikan (Video)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*