“700 Kes Sehari, Hanya 80 Maksima Yang Dapat..” – Frontliners Luah Kesukaran Proses Pengambilan Pes4kit COV1D-19

Acap kali kita mendengar luahan hati para frontliners yang bertugas menjaga pes4kit-pes4kit COV1D-19 di hospital. Kali ini, muncul pula luahan hati frontliners yang bertugas mengambil pes4kit COV1D-19 untuk membawa mereka ke pusat kuarantin. Menurut sebuah bebenang ciapan di Twitter, jumlah kes positif di sekitar Klang semalam mencecah sehingga 700 kes. Katanya, hanya 80 pes4kit sahaja paling maksima untuk mereka bawa ke pusat kuarantin di MAEPS Serdang, Hospital Sungai Buloh dan Pusat Kusta Negara dalam masa satu hari.

Bebenang ciapan luahan hati frontliners ini menceritakan tentang proses-proses yang dilakukan oleh mereka untuk membawa pes4kit positif ke pusat kuarantin. Menurutnya, proses yang paling mencabar adalah untuk mengenal pasti keberadaan pes4kit-pes4kit tersebut. Ini kerana ada di kalangan mereka yang memberi maklumat lokasi yang salah, berlakunya salah maklumat, dan yang paling mencabar adalah ketika mengambil  pes4kit bukan warganergara dek kerana perbezaan bahasa.

Setelah mereka diambil, proses saringan yang seterusnya akan berlaku di pusat kuarantin di mana mereka dibahagikan mengikut beberapa faktor seperti warganergara, jantina, dan sejarah peny4kit mereka sama ada kr0nik atau acute. Sebagai contoh, jika ada di kalangan mereka yang mengalami peny4kit diabetes, mereka akan berada di zon ‘kuarantin’ yang menjadi ‘keutamaan’ para petugas kesihatan untuk mengawal keadaan kesihatan mereka dari semasa ke semasa.

Dia juga turut meluahkan ada di kalangan kita yang tidak percaya dengan jumlah statistik kes positif harian COV1D-19 di negara kita yang beranggapan bahawa maklumat tersebut hanyalah ‘rekaan’ semata-mata. Segelintir masyarakat mendakwa bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sengaja ‘meningkatkan’ data tersebut hanya untuk ‘men4kutkan’ kita. Aduhai, kemelut ini merupakan isu yang serius dan tiada masa untuk pihak berkuasa menjadikan isu ini sebagai ‘gurauan’.

Bagaimanapun, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bertimbang rasa mempunyai perasaan ‘belas kasihan’ serta menghargai usaha para frontliners yang sanggup ‘berkorban’ menghabiskan masa dan tenaga di hospital untuk berbakti kepada negara tercinta demi membanteras wab4k membawa m4ut ini.

Oleh yang demikian, seluruh rakyat Malaysia tidak kira golongan kayangan mahupun bawahan yang mengingkar arahan prosedur operasi standard (SOP), tidak mustahil Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 4.0 akan tiba. Janganlah kita menjadi salah satu negara yang akan menjadi seperti negara India yang ‘bercelaru’ akib4t kes COV1D-19 yang tidak terkawal. Ingat, sentiasa pakai pelitup muka, jaga jarak 1 meter anda dan patuhilah SOP.

Penulis: Aqilah Paharuzi

 

Sumber: Twitter 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Be the first to comment on "“700 Kes Sehari, Hanya 80 Maksima Yang Dapat..” – Frontliners Luah Kesukaran Proses Pengambilan Pes4kit COV1D-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*