Isteri makan hati suami lebih suka berbuka di luar dengan kawan, alasannya ‘bulan puasa setahun sekali’

BAGI individu yang sudah berumah tangga, pastinya mereka sedaya upaya meluangkan masa untuk makan bersama keluarga, lebih-lebih lagi ketika berbuka puasa.

Ini kerana, amalan makan bersama merupakan salah satu cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Namun lain pula halnya dengan wanita ini yang memendam rasa kerana suaminya lebih gemar berbuka puasa dengan rakan-rakan di luar.

Luahan tersebut dikongsikannya di laman Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT).

“Bukan berbuka dekat-dekat, tapi jauh-jauh. Lepas tu kita ni dengan anak-anak tak nak bawa pula berbuka luar jauh-jauh macam tu. Tapi sibuk nak berbuka dengan member-member.

“Kononnya, bulan puasa setahun sekali nak jugak rasa berbuka dengan member. Begitulah jawapan dia,” demikian coretan wanita berkenaan.

 

Bukan niatnya mahu mengongk0ng, namun wanita itu berkata dirinya lebih gembira sekiranya si suami mengajaknya dan anak-anak untuk turut serta.

“Kita ni nak keluar untuk ‘me time’ pun tak ada, dia sibuk nak keluar dengan member. Kemudian dia menjawab pula, cakap isteri member dia okay je, saya je yang pelik. Dia tu tak tahu, yang isteri member-member dia tu pun tengah makan hati.

“Korang yang lelaki mana kisah pun hati si isteri, mentang-mentang korang ketua keluarga kan, kalau korang nak keluar, korang keluar je kan. Bukan aku nak kongkong sangat suami, tapi aku sak1t hati,

“Kita duduk rumah, layan anak dia, nak enjoy macam dia tak boleh. Member-member pun tak ada. Ehh kalau aku ada member-member, lama dah aku tinggal anak-anak dekat rumah suruh kau jaga sorang.

Biar kau rasa betapa sakitnya hati bila kena tinggal jaga anak dekat umah,” luahnya lagi.

 

Menjengah ke ruangan komen yang sehingga kini meraih sehingga lebih 700 komen, ternyata perkongsian wanita tersebut meraih perhatian netizen yang rata-ratanya melontarkan kata-kata nasihat dan pandangan kepada wanita berkenaan.

“Sekali sekala bagi sajalah. Tapi suami pun kena main peranan. Sebelum keluar berbuka tu pastikan segala urusan rumah, basuh baju, mop vacum, makanan untuk isteri anak-anak dah tersedia.

“Lelaki jenis ni berlambak. Selama berbelas tahun kawin dengan dia bila ajak berbuka banyak je alasan, susah nak solat la, nanti lambat tunggu makanan la, bersesak orang la… tapi bila bab kawan-kawan, walaupun baru kenal sehari dua, wahhh.

 

Saya senang je. Ada masa suami ‘me time’ dan ada masa saya ‘me time’. Puasa ni dua kali suami berbuka dengan kawan-kawan dia. Lepas dari berbuka dengan kawan-kawan, dia bawa kami berbuka dekat luar plak. Lepas tu bagi saya pula ‘me time’ berbuka dan shopping dengan kawan-kawan,” demikian antara komen netizen.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber:http://trendingkini.pw/

Be the first to comment on "Isteri makan hati suami lebih suka berbuka di luar dengan kawan, alasannya ‘bulan puasa setahun sekali’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*