Wanita Ini Kena Tahan Selepas Kantoi Guna Borang Rentas Negeri Palsu, Apa Yang Ditulis Dalam Borang Itu Buat Orang Ramai Tepuk Dahi

 

Bentong: Seorang wanita warga asing ditahan selepas didapati menggunakan borang rentas negeri palsu di sini, Selasa lalu.

Wanita berusia 38 tahun itu ditahan menerusi pemeriksaan sebuah bas ekspres di sekatan jalan raya di Plaza Tol Bentong menghala ke Kuantan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, ketika kejadian, anggota menahan sebuah bas ekspres yang membawa 16 penumpang.

Beliau berkata, bas itu dalam perjalanan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menghala ke Kuantan.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang penumpang wanita itu menggunakan dokumen yang dipalsukan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati wanita itu mendakwa mendapatkan borang rentas negeri daripada salah seorang rakannya.

“Setelah kita menghubungi balai polis yang mengeluarkan borang rentas negeri, tiada nombor siri seperti dinyatakan dalam borang itu.

“Wanita kemudian mengakui menggunakan salinan borang yang diperoleh daripada seorang rakannya,” katanya.

 

BORANG PALSU YANG DIGUNAKAN

Susulan kejadian katanya, suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

 

2 wanita palsukan borang rentas negeri ditahan

Sebelum ini, dua wanita ditahan selepas didapati memalsukan borang rentas negeri di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Bentong di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pegawai dan anggota yang bertugas di SJR terbabit menahan kenderaan dinaiki kedua wanita berkenaan masing-masing berusia 22 tahun pada 6.45 petang untuk pemeriksaan.”Difahamkan, kedua-dua wanita terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Pahang.

“Ketika pemeriksaan dilakukan terhadap dokumen perjalanan rentas negeri mereka didapati borang berkenaan agak meragukan dan disyaki dipalsukan oleh mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zaiham berkata, siasatan awal mendapati cap dan tandatangan Ketua Polis Balai yang meluluskan permit terbabit disyaki dipalsukan dan dipercayai dibuat secara ‘scan’ selain tulisan turut dipinda.

“Pemeriksaan ke atas telefon bimbit milik seorang daripada mereka mendapati ada salinan borang kosong rentas negeri siap ditandatangani dan dipercayai turut dipalsukan.

“Hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap mereka mendapati seorang daripadanya positif d44dah jenis ganj44,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan bagi maksud menipu serta Seksyen 471 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan surat pemalsuan sebagai tulen.

“Bagi suspek yang didapati positif d44dah, dia akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta D44dah Berbahaya 1952.

“Saya mahu mengingatkan orang ramai yang mahu membuat perjalanan rentas negeri supaya tidak mengambil tindakan dengan mengemukakan borang yang diubah suai dengan niat memalsukan dokumen berkenaan.

“Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan akan terus mengetatkan pemeriksaan di semua SJR antara negeri di daerah ini membabitkan sempadan Selangor serta Negeri Sembilan.

“Ia bagi memastikan penularan Covid-19 di Pahang dapat dikawal memandangkan Bentong adalah laluan utama ke Pantai Timur terutamanya dari Lembah Klang,” katanya.

 

Kredit: HMETRO

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: awatttsyeikh

Be the first to comment on "Wanita Ini Kena Tahan Selepas Kantoi Guna Borang Rentas Negeri Palsu, Apa Yang Ditulis Dalam Borang Itu Buat Orang Ramai Tepuk Dahi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*