Majlis Langgar SOP, Ini Jumlah Kompaun Yang Perlu Dibayar Neelofa

 

 

Pada 27 Mac lalu, selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa, telah selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Namun majlis pernikahan mereka didakwa melanggar SOP kerana jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP PKP seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga perkara itu menjadi tular di media sosial dan masih lagi hangat diperkatakan ketika ini.

Polis cadang Neelofa, suami dikompaun

Selepas pelbagai siasatan yang telah dijalankan oleh pihak polis, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah telah mengesahkan bahawa pasangan berkenaan serta ahli keluarga selebriti itu telah dikenakan kompaun sebanyak RM60,000.

Menurut laporan wartawan Media Prima Berhad di Twitter, Neelofa telah dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 (tiada diskaun), suaminya PU Riz RM10,000 (tiada diskaun), manakala keluarganya seramai 20 0rang dikenakan seorang RM1,500 menjadikan jumlah kepada RM30,000 dan jumlah keseluruhan adalah RM60,000.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber :hotfm

Be the first to comment on "Majlis Langgar SOP, Ini Jumlah Kompaun Yang Perlu Dibayar Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*