Anjur Pesta Raya, Ifa Raziah Sedia Dikritik

 

Mengakui masalah berkaitan prosedur operasi standard (SOP) tidak dapat dielakkan, Ifa Raziah bersedia festival anjurannya yang menghimpunkan jualan sempena Hari Raya Aidilftri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 7 hingga 9 Mei ini dikritik.

 

Kredit foto: IG

 

 

Tidak kisah menanggung risiko katanya, asalkan dapat membantu ramai usahawan kecil dan sederhana yang terjejas ekoran PKP.

Katanya, dia tidak boleh membuat apa-apa jika masih ada pihak tidak berpuas hati dan melaporkannya kepada pihak berkuasa walaupun peraturan dan SOP sewajarnya telah ditetapkan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah)

Bagaimanapun katanya, dia akan sedaya-upaya memastikan acara tersebut tersebut mengikuti garis panduan peraturan mencegah penularan Covid-19 dengan mengerah ramai kru untuk memantau SOP.

 

“Selain kru, pihak berkuasa seperti polis, bomba dan pihak MKN sendiri akan turut berada di lokasi selain pemeriksaan suhu bagi memastikan tiada yang melebihi paras selamat,” katanya dipetik dari MalaysiaKini.

Bagi mengehadkan jumlah kemasukan pada satu-satu masa, pihaknya akan menggunakan sistem kawalan pengunjung dengan memberi kupon.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah)

“Jika ada 40 buah kedai, pengunjung yang hadir mesti tidak melebihi 100 orang,” katanya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : CARI

Be the first to comment on "Anjur Pesta Raya, Ifa Raziah Sedia Dikritik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*