“R0ad T0 HaIal” Tahniah! Uqasha Senrose & Kamal Adli Selamat Bertunang

Siapa sahaja yang tidak mengenali pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli yang dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan pada pertengahan tahun ini, betul tak?

Hari ini, para peminat dikejutkan pula dengan berita pertunangan kedua pasangan merpati sejoli terbabit!

Menerusi perkongsian adik Uqasha iaitu Raysha Rizroze di Insta Story, dia yang juga seorang pelakon itu memuat naik gambar serta video memaparkan bakal pengantin berusia 29 tahun itu sedang memakai busana serba putih lengkap dengan kain layah sambil bergambar bersama ahli keluarga.

Malah, pereka fesyen Shanell Harun turut memuat naik video bintang drama Perempuan Tanpa Dosa itu sedang membuat persiapan sebelum majlis itu berlangsung.

Menerusi video yang dikongsi, wajah Uqasha dilihat berseri-seri seperti seorang puteri raja yang bakal menemui si putera, penyeri hidup dan penghuni hatinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SHANELL HARUN (@shanellharun)

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SHANELL HARUN (@shanellharun)

Terdahulu, pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu dilamar oleh kekasihnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35  sewaktu di Anugerah Meletop Era.

Baru-baru ini, Mmreka mengumumkan bakal mengadakan 3 kali majlis resepsi termasuk 1 dikhaskan untuk para peminat.

Tahniah Uqasha & Kamal Adli!

Sumber: Instagram Raysha RisrozeShanell Harun

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Motif Viral

Be the first to comment on "“R0ad T0 HaIal” Tahniah! Uqasha Senrose & Kamal Adli Selamat Bertunang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*