Polis s1asat Neelofa muat naik gambar di Langkawi

 

LANGKAWI – Polis akan membuka kertas si4satan berhubung tindakan selebriti popular Neelofa memuat naik gambar dan video bersama suami, Haris Ismail bersiar-siar di pulau peranginan ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya akan segera meny1asat gambar dan video yang dimuat naik di media sosial.

“Apabila keluar sahaja gambar-gambar tersebut, maknanya kehadiran beliau (Neelofa) bersama suaminya itu mel4nggar SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan dan kita akan ambil tindakan.

“Jadi dalam kes sebegini, wajarnya SOP polis adalah buka kertas si4satan yang mana dia (Neelofa) akan dipanggil untuk dirakamkan kenyataan termasuk berhubung gambar dan video yang viral tadi,” katanya.

Abdul Hamid meninjau kawasan Unit K9 di Pit Latihan Seksyen K9 di Langkawi hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Unit Anjing Pengesan K9 di Pit Latihan Seksyen K9 di sini hari ini.

Beliau berkata, pegawai penyiasat juga akan bertanyakan tentang aktiviti berkenaan sama ada ia merupakan sebahagian urusan perniagaan selebriti terbabit.

“Itu macam santai-santai sahaja, selain tidak boleh datang dari negeri PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) ke PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan),” ujarnya. – K! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Kosmo

Be the first to comment on "Polis s1asat Neelofa muat naik gambar di Langkawi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*