[VIDEO] “Berterabur Step” – Adira Berseloroh Buat TikToK Dengan ‘Adik’, Gaya Anak Menari Jadi Tumpuan

Makin ramai nampaknya golongan selebriti yang mula berjinak-jinak menghasilkan video melalui aplikasi TikTok. Tidak kurang juga ada yang buat video dengan anak-anak ataupun ahli keluarga yang lain. Memang menghiburkan video-video yang dihasilkan dan tentu ianya sekadar hiburan sahaja. 

Adira Suhaimi yang merupakan seorang penyanyi juga tidak terlepas mengikuti trend menghasilkan video TikTok. Menerusi perkongsian di Instagramnya, Adira atau nama penuhnya, Siti Adira Suhaimi, 29 tahun, dilihat melakukan aksi tarian di TikTok bersama dengan anaknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝔸𝔻𝕀ℝ𝔸 𝕊𝕌ℍ𝔸𝕀𝕄𝕀 (@adira.suhaimi)

Bagaimanapun, dalam kapsyen video tersebut, Adira sempat bersel0roh bahawa dia sedang buat video TikTok bersama ‘adik’. Mungkin wajah Adira yang kelihatan muda dari usianya membuatkan pasangan anak beranak itu kelihatan seperti adik dan kakak. Dalam pada itu, ada juga wargamaya yang turut melayankan gurauan Adira dengan komen “cakap adik pun kami percaya”. 

Sementara itu, gaya tarian anaknya, Anggrek yang berumur 4 tahun terus menjadi perhatian wargamaya. Walaupun step tarian yang agak berter4bur, gayanya yang comel tetap mendapat pujian ramai. Mungkin lepas ni lebih banyak lagi video TikTok yang akan dihasilkan Adira bersama anaknya, Anggrek.

Comel anak Adira. Segak macam Adira juga,” ujar salah seorang wargamaya di ruangan komen. 

Tambahan lagi, meninjau di ruangan komen, kemanisan wajah anak Adira turut dipuji dan dikatakan memiliki kecantikan ibunya. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Memang comel sungguh anak Adira ni dengan telatah dia. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Kool FM

Be the first to comment on "[VIDEO] “Berterabur Step” – Adira Berseloroh Buat TikToK Dengan ‘Adik’, Gaya Anak Menari Jadi Tumpuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*