“Sajat Nak Murt4d Salah Siapa?”- Ini Jawpan Padu PU Syed

Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri memberi respon mengenai isu jutawan k0smetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, yang didakwa mahu murtad dari agam Islam.

Menurut PU Syed, dalam isu tersebut Sajat tidak sepatutnya menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya cuba memperbetulkan dirinya.

“Sajat nak murt4d salah siapa?

“Adakah salah penguatkuasa yang mengambil tindakan terhadapanya atau nak salahkan netizen yang mengec4m akan perbuatannya yang melampau dan salah di media sosial?

“Ambe (Saya) rasa Sajat kena salahkan diri sendiri yang semakin hari, semakin hanyut dengan kemewahan yang dimiliki serta dunia khayalan ciptaannya yang telah menipu daya dirinya,” katanya.

PU Syed berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Baru-baru ini Sajat meluahkan hasratnya untuk keluar dari agama Islam selepas dia didakwa atas tuduhan berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang h1ina.

Nasihat PU Syed, ajat perlu insaf dan kembali kepada f1itrah sebenarnya.

“Murt4d bukan jalan penyelesaian kepada masalah yang Sajat hadapi…Bahkan ia menambah parah dalam diri Sajat.

“Kembalilah kepada firah…bertaubat kepada Allah, Allah Maha Penerima Taubat,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYED MOHD BAKRI AL YAHYA™ (@_pusyed)

Pada 6 Januari lalu, Muhammad Sajjad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang h1ina.

Muhammad Sajjad, 36, didakwa atas pertuduhan berpakaian menyerupai wanita dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat kira-kira pukul 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16.

Pertud.uhan terhadapnya dibuat mengikut S.eksyen 10(a) Enakmen Jen.ayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan huk.uman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Selepas pengakuan direkodkan, Muhammad Sajjad dibebaskan dengan jaminan RM3,000.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "“Sajat Nak Murt4d Salah Siapa?”- Ini Jawpan Padu PU Syed"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*