Gadis ini kirim mesej buat Cikgu Fadli, tak lupa detik bertemu heronya!

 

 

PERNAH hilang arah tuju, terumbang-ambing dan hampir menjadi mangs4 cabvl bapa tir1, namun nasib gadis ini akhirnya terbela.

Gadis ini merupakan antara kebanyakan insan kurang bernasib baik yang mendapat perhatian Cikgu Mohd Fadli Salleh, setahun lalu.

Berkongsi serba sedikit mengenai kisah gadis tersebut dalam satu posting di Facebook, Mohd Fadli yang turut menguruskan pertubuhan kebajikan Dana Kita berkata, kini gadis berkenaan menjalani kehidupan dengan selamat selepas dikeluarkan daripada ‘nerak4 dunia’.

 

“Dah setahun rupanya anak ini dibawah jagaan aku. Ingat pula dia hari pertama aku jumpa dan bantu dia tu. Orang perempuan kalau dengan tarikh ni memang power kan?

“Anak ni aku selamatkan dari dicabvl oleh ayah t1rinya, tersepit dan terhimp1t di rumah sendiri. Pelajaran meros0t, kehadiran sangat t3ruk. Sedangkan dia pelajar harapan sekolah.

“Aku cari dan her3t dia keluar dari ner4ka dunia itu. Aku letakkan di tempat selamat bawah pemantauan aku sentiasa,”cerita guru ini.

 

Mesej yang dihantar oleh gadis berkenaan kepada Cikgu Fadli.

 

Menurut Mohd Fadli, sejak dari detik gadis tersebut diletakkan di tempat baharu, tidak sekalipun dia gagal untuk mengirim duit belanja untuk keperluan gadis berkenaan.

“Setiap bulan aku akan jumpa dan tanya khabar berita. Mengirim duit belanja, menghantar bekalan makanan, mencukupkan apa jua keperluan.

“Kisah hitam yang perit, kesusahan hidup yang menghimpit, sejarah silam yang menghantui, kini tiada lagi. Aku jaga sungguh-sungguh macam jaga anak sendiri,” ceritanya lagi.

Mohd Fadli turut berkongsi mesej meruntvn hati yang dihantar gadis tersebut pada perkongsian berkenaan.

Mesej yang dihantar oleh gadis itu pada 12 Februari (Jumaat) sempena genap setahun pertemuan yang mengubah hidupnya, antara lainnya menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Mohd Fadli kerana menyelamatkannya dari menjadi mangs4 nafsv buas bapa tir1 sendiri.

Netizen turut meluahkan rasa terharu dengan kisah yang dikongsikan oleh guru berkenaan.

 

“Assalamualaikum Cikgu. Hari ini (12 Februari), genap setahun cikgu bersama dengan saya, bantu saya. Tahun lepas, tarikh ini kali pertama cikgu jumpa saya untuk menghulurkan bantuan.

“Tak ada apa saya nak cakap selain berterima kasih atas segala pertolongan cikgu. Banyak jasa cikgu dan saya takkan pernah lupakan cikgu. Saya minta maaf kalau selama setahun saya kenal cikgu, saya ada buat cikgu marah, terasa hati atau sebagainya.

“Saya memang tak mampu nak balas jasa cikgu tapi saya janji dengan diri saya insyaAllah saya akan jadi orang yang berjaya dan bantu orang lain juga satu hari nanti,” demikian antara coretan mesej berkenaan.

 

Aku cari dan her3t dia keluar dari ner4ka dunia itu. Aku letakkan di tempat selamat bawah pemantauan aku sentiasa.

Menurut Mohd Fadli lagi, gadis tersebut merupakan salah seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020.

Apa pun, didoakan anak ini berjaya dunia akhirat. InsyaAllah otaknya sangat cerdas dan bijak sungguh budaknya. InsyaAllah budak ini akan menjadi seseorang pada masa akan datang.

“Dan masa tu dengan bangga aku akan berkata, ‘ini anak aku, yang pernah hilang arah tuju, yang pernah buntu, yang hilang semangat untuk hidup dulu kini di sini dia. Kini dah berjaya dan memberi manfaat pada orang lain pula. Cikgu bangga dengan kamu’.

“Aku tahu, suatu hari nanti aku akan ungkapkan ayat itu. Aku tahu. Dan aku yakin,” kata guru ini lagi.

Pertubuhan Dana Kita sangat aktif membantu golongan kurang berkemampuan.

 

Perkongsian tersebut turut mengundang rasa terharu netizen yang rata-ratanya tersentuh dengan ketulusan hati guru lelaki berkenaan.

“Tersentuh naluri saya sebagai seorang ibu. Terima kasih cikgu. Semoga anak perempuan cikgu terus berjaya dan sentiasa dalam rahmat Allah selalu,” komen seorang netizen.

“Semoga anak ini juga berjaya seperti ‘ayah kesayangannya’”, komen netizen lain pula.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber: sumber

Be the first to comment on "Gadis ini kirim mesej buat Cikgu Fadli, tak lupa detik bertemu heronya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*