“Nanti Saya Mas0k Tabung M4sjid Kak” Mar4h Mak4nan Tak Cuk0p, Pel4nggan Ubah Fikiran… Tak HaIal Duit Lebih RM2 Untuk Rider

 

 

PEKERJAAN sebagai rider penghantar barang atau makanan bukanlah sesuatu yang asing lagi di negara ini.

Malah, pelbagai kisah suka duka dalam kerjaya itu sering tular di media sosial sehingga mendapat perhatian netizen.

Kali ini, seorang rider dikenali sebagai Khairul Haffendy Othman turut meraih perhatian ramai selepas berkongsi mesej yang diterimanya daripada seorang pelanggan.

Menurut mesej WhatsApp itu, seorang pelanggan memaklumkan dia tidak menghalalkan wang yang telah dibayarnya kerana makanan yang dihantar pemuda itu tidak mencukupi.

“Dik, kak tak halalkan duit terlebih kak bagi. Sebab makanan tak cukup. Call center pun tak dapat,” tulis pelangan itu kepada Khairul Haffendy.

Perkongsian tular di Facebook.

 

Tidak cepat melenting, pemuda itu bagaimanapun membalas mesej berkenaan dan menjelaskan dia hanyalah seorang rider dan sama sekali tiada kaitan dengan kerja-kerja penyediaan makanan itu.

“Kak saya hantar yang mana kedai bagi kak,” tulisnya.

 

Saya tak mahu rosak rezeki saya dengan famili saya kak.

KHAIRUL HAFFENDY OTHMAN

 

Lebih mengejutkan, Khairul Haffendy turut memberitahu wanita itu bahawa dia sudah menyedekahkan wang sebanyak RM2 yang tidak dihalalkan wanita itu ke tabung sebuah masjid.

“Kak terima kasih kerana tak halal duit RM2 kak tu.

“Duit tu nanti saya masuk tabung masjid kak.

“Saya tak mahu rosak rezeki saya dengan famili,” balasnya.

Kisah rider berhadapan ragam pelanggan sering tular dan meraih perhatian ramai di media sosial.

 

Bukan sekadar omong kosong, dia selepas itu turut menghantar gambar tabung besi Masjid Sembilang Seberang Jaya, Pulau Pinang sebagai bukti kata-katanya kepada wanita itu.

Paparan perbualan itu kemudiannya turut dimuat naik di Facebook miliknya sehingga meraih hampir 5,000 perkongsian.

Malah, hampir 1,000 komen turut ditinggalkan netizen, rata-ratanya berpihak kepada Khairul Haffendy.

Kata netizen, mereka simpati dengan nasib rider itu dan turut mengutuk keras sikap wanita berkenaan.

Rider hanyalah penghantar makanan, bukannya individu yang terlibat dalam penyediaan makanan buat pelanggan.

 

“Kak RM2 je, bukan RM2,000 mahupun 2 juta. Otak kak tu tertinggal kat perhentia bas mana yang terlupa nak fikir benda kecil macam ni?

“Makanan tak cukup? Dia ingat rider tu masak sendiri ke apa?

“Makanan jadi darah daging. Macam mana sakit hati pun, jangan berkira sangat,” tulis beberapa netizen.

 

Sumber: mStar

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/02/11/nanti-saya-mas0k-tabung-m4sjid-kak-mar4h-mak4nan-tak-cuk0p-pel4nggan-ubah-fikiran-tak-haial-duit-lebih-rm2-untuk-rider/

Be the first to comment on "“Nanti Saya Mas0k Tabung M4sjid Kak” Mar4h Mak4nan Tak Cuk0p, Pel4nggan Ubah Fikiran… Tak HaIal Duit Lebih RM2 Untuk Rider"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*