Lembu Di London Dengar Muzik Untuk Hasilkan Susu Lebih Sedap Dan Manis

PELIK tapi benar! Tak sangka lembu juga gemar dengar muzik. Itu lah yang berlaku di sebuah ladang ternakan yang terletak di daerah Dorset, England apabila lembu-lembu di sana diberikan layanan istimewa dengan sajian konsert muzik ketika proses pemerahan susu.

Seperti apa yang dilaporkan The Sun, menurut penternak lembut yang dikenali sebagai Ben Waters mendakwa, lembu peliharaannya akan menghasilkan susu yang lebih sedap dan berkualiti jika mereka disajikan dengan konsert muzik.

Menurut Waters, idea mengadakan konsert khas buat ternakannya itu dipercayai mampu mengubah ‘mood’ lembu berada dalam keadaan baik sekali gus susu yang dihasilkan juga akan lebih berkualiti.

Konsert itu berjaya dijayakan minggu lalu di dalam sebuah kandang yang dipenuhi lembu dan diketuai pemuzik yang pernah terlibat dalam persembahan artis popular seperti Rod Stewart dan Ro­lling Stones iaitu Ben Waters.

Menurut Waters, hampir 120 ekor ternakan di kandang itu kelihatan seronok dan menikmati muzik jazz dan rock yang dimainkannya sepanjang proses memerah susu dijalankan.

“Saya rasa lembu-lembu ini suka dengan idea memasang lagu ketika susu diperah.

“Sehingga ada yang sanggup keluarkan kepala mereka dari pagar kandang hanya semata-mata untuk mendengar muzik dengan lebih jelas. Saya yakin haiwan itu gembira,” katanya.

Susu-susu lembu dari ladang tersebut dijual pada vending machine di sekitar South West.

Sementara itu, salah seorang pekerja ladang, Rex Fisher memberitahu, ‘mood’ lembu-lembu tersebut sangat baik sebaik sahaja muzik dimainkan.

“Saya yakin susu yang dihasilkan lembu ini selepas mendengar lagu-lagu konsert ini akan menjadi lebih sedap dan manis,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : TheSun via Sinar HARIAN

Be the first to comment on "Lembu Di London Dengar Muzik Untuk Hasilkan Susu Lebih Sedap Dan Manis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*