Ebit Lew Muatnaik Status Pergi Rumah Ibu Angkat Amir. Tiba2 Guru Mengaji Arwh Dtg Komen Dedah Sesuatu

” Ziarah keluarga angkat arw4h adik Amir men1nggI baru ini di Rawang.”

Demikian status dikongsikan oleh pendakwah popular Ustaz Ebit Lew di Instagram yang menarik perhatian ramai apabila pergi menziarahi keluarga angkat kanak-kanak yang meninggI dnia dipercayai dide,ra ibu kandung dan bapa tirinya.

Menerusi klip vdeo pendek yang merain lebih 800 ribu tontonan itu, Ebit Lew berkongsi rasa sebak beliau sebaik bertemu mata dengan ibu dan bapa angkat arwh adik Zubaidi Amiir Qusyairi.

Puan NorIida Abu Hassan turut dilihat tidak mampu menahan air mata ketika Ebit Lew membacakan doa.

” Sampai jer umi dan abah kepada Amir menangis. Terharu ustaz sampai sini. Terima kasih ustaz. Saya hadir untuk beri sedikit semangat, doa,dan sedikit hadiah.

” Sepanjang berbual dan berkongsi tadi terasa berat sangat ujian buat keluarga ini.”

” Sempat dengar dan tengok video adik Amir solat, baca surah Al Mulk, minta maaf setiap kali buat salah. Allahuakbar. Dengar kisah dari kecilnya Amir sampai akhir hayatnya.”

Ebit Lew turut menceritakan sewaktu kjdian yang berlaku pada hari Jumaat, 28 Januari lalu, beliau ketika itu berada di Sabah menghantar bantuan kepada penduduk di sana.

” Masa dengar tentang Amir, saya di Sabah. Berdoa dari jauh jer. Mendengar betapa sayangnya dan manjanya Amir dengan keluarganya dan abang serta kakak angkat. Betul-betul seperti keluarga.

” Sehinggalah mereka berpisah kerana ibu kandung dan ayah tirinya datang ambil.”

” Saya sempat berdoa bersama keluarga. Menangis jer umi dan abah Amir. Berat ujian ini. Semoga satu hari bertemu kembali dalam syurga Firdaus..” tulis Ebit Lew

 

Dapat komen dari individu yang mengaku guru mengaji adik Amir

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan ucapan takziah serta kiriman doa buat keluarga angkat adik Amir semoga tabah menghadapi ujian ini.

Bagaimanapun dalam banyak komen, satu komen dari seorang individu ini telah menarik perhatian pengikut Ustaz Ebit Lew.

Individu terbabit mengakui arwh adik Amir pernah belajar mengaji di rumahnya di Krubong, Melaka, sewaktu hayatnya selepas diambil semula oleh ibu kandungnya.

” Ustaz amir ini mengaji di rumah saya di Krubong, dia anak yang baik sebab itu Allah ambil dia dulu.” ujar individu terbabit yang menggunakan akaun IG bernama SueYahya.

Menurutnya lagi, rumahnya dengan rumah ibu kandung Amir hanya selang beberapa rumah sahaja dengan rumahnya.

Ramai netizen kemudian bertanyakan soalan kepada SueYahya mengenai tanda-tanda dan juga sikap ibu kandung Amir.

SueYahya bagaimanapun tidak menceritakan dengan lebih terperinci. Dia cuma menjawab adik Amir adalah seorang yang sangat baik serta periang.

” Mungkin ayah dan Ummi amir (ibu angkat) sangat baik dalam mendidik amir..” akhirinya.

 

Sumber:IG Ebit Lew

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : https://www.asiakini.com/

Be the first to comment on "Ebit Lew Muatnaik Status Pergi Rumah Ibu Angkat Amir. Tiba2 Guru Mengaji Arwh Dtg Komen Dedah Sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*