Intan Sarafina Mula Berhijab

Selepas sekitar dua minggu tidak mengemas kini akaun media sosialnya, penyanyi Intan Sarafina menyapa pengikutnya dengan penampilan baharu.

Peserta Gegar Vaganza itu dilihat tampil dengan imej berhijab sambil tersenyum manis.

Bersama dirinya berhijab, Intan menuliskan kapsyen ringkas yang berbunyi: “Just smile dan say Alhamdulillah.”

Foto yang baru dimuat naik sekitar sejam lalu itu kemudian mendapat banyak komen balas dari pengikutnya yang kebanyakannya menuliskan Alhamdulillah dan memberikan emoji hati berwarna merah kepada Intan.

Intan juga menukar profil di akaun Instagramnya, @intansarafina dengan penampilannya memakai hijab berwarna kelabu.

Terdahulu, foto terakhir yang dimuat naik wanita yang akan mencecah usia 40 tahun pada Julai mendatang adalah foto dirinya bersama teman teman sedang berkumpul dan menikmati makanan bersama sama.

Selepas menyertai GV musim keenam, Intan muncul dengan single diberi judul Jika Aku Untukmu.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by 𝑰𝒏𝒕𝒂𝒏 𝑺𝒂𝒓𝒂𝒇𝒊𝒏𝒂 (@intansarafina)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Gempak, IG Intan Sarafina

Be the first to comment on "Intan Sarafina Mula Berhijab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*