JAIM slasat ritval aj4ran s3sat di Pulau Besar

MELAKA – Kerajaan negeri kesal sekiranya benar berlaku dakwaan kegiatan ritval atau pemvjaan ajaran s3sat ‘Islam Melayu’ di Pulau Besar.

Penasihat Agama Ketua Menteri, Datuk Kamarudin Sidek berkata, pihaknya tidak menyangka d4kwaan ajaran berkenaan aktif semula dengan mengaitkan ‘pulau keramat’ itu sebagai lokasi acara ritval oleh kumpulan ajaran s3sat berkenaan.

Bagaimanapun menurutnya, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sentiasa membuat pemantauan di pulau berkenaan bagi menggelakkan berlaku perkara khvrafat dan sebagainya manakala Jabatan Mufti juga sedang menyiasat kebenaran video tular tersebut.

 

“Sekiranya video yang ditularkan itu bertujuan untuk memperingatkan mengenai ajaran s3sat itu ia sewajarnya disokong, namun apabila ia turut mengaitkan Pulau Besar maka kita perlu memandang serius perkara ini.

“Kita juga juga menyokong dan memandang positif nasihat yang diberikan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan agar orang ramai agar tidak terpengaruh dengan kelahiran agama baharu yang dikenali sebagai ‘Agama Melayu’ itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

 

Terdahulu, tular di media sosial Facebook, video berdurasi 8.05 minit yang menceritakan mengenai ajaran s3sat itu selain memaparkan acara ritval yang did4kwa berlaku di Pulau Besar.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Azahan Md Samat berkata, ajaran s3sat berkenan dalam perhatian pihaknya dan JAIM sedang bekerjasama dengan jabatan agama di negeri lain untuk membantu si4s4tan sebelum tindakan sewajarnya diambil.

Menurutnya, difahamkan kumpulan terbabit aktif di luar Melaka dan hanya sesekali datang ke Pulau Besar untuk melakukan up4cara tertentu.

 

“Pemantauan berkala yang kami lakukan di Pulau Besar tidak pernah berjumpa dengan kumpulan ini dan mereka dipercayai datang ke Pulau Besar sekali sekala.

“Namun JAIM akan terus melakukan pemantauan dan sekiranya orang awam terserempak dengan aktiviti kumpulan tersebut, mereka dinasihatkan agar melaporkan segera kepada JAIM,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Sinar Harian

Be the first to comment on "JAIM slasat ritval aj4ran s3sat di Pulau Besar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*