Lebih 2 tan keju tanpa sijil kesihatan dir4mpas

JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor mer4mpas 2,080 kilogram (kg) keju dari New Zealand yang tidak mempunyai sijil kesihatan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, malam tadi.

Pengarah MAQIS Johor, Nur Afifah A Rahman, berkata pihaknya men4h4n sebuah lori membawa bahan makanan itu dalam pem3riksaan rutin dijalankan penolong penguatku4s4 jabatan berkenaan, pada jam 7 malam.

Katanya, pemeriksaan mendapati keju dianggarkan bernilai RM39,712.25 itu tidak mempunyai sijil kesihatan yang sah dari negara asal seperti yang diperlukan dalam syarat permit import MAQIS.

“Kita percaya barang dagangan itu untuk pasaran tempatan.

“Bagaimanapun, pemandu lori berusia 39 tahun yang membawa keju berkenaan dilepaskan selepas diambil keterangannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nur Afifah berkata, kes disiasat mengikut S3ksyen 15(1) Akta Perkhidm4tan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akt4 728) kerana tidak mematuhi syarat import sebagaimana yang dinyatakan dalam permit, lesen atau perakuan.

“Jika s4bit kes4lahan boleh dikenakan d3nda maksimum RM100,000 atau dip3njara enam tahun atau kedua-duanya dan bagi

k3s4lahan kedua atau yang berikutnya did3nda maksimum RM150,000 atau dip3njara maksimum melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa komited melakukan pemeriksaan dan akan terus memantau semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan peny4kit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : BH Online

Be the first to comment on "Lebih 2 tan keju tanpa sijil kesihatan dir4mpas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*