Pencipta Indomie meningg4l duni4

BERITA sedih buat penggemar makanan mi segera popular, Indomie apabila pencipta perisa tersebut, Nunuk Nuraini dilaporkan meninggal dunia pada 27 Januari lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Perhubungan Awam Indofood, Nurlita Novi Arlaida yang mengesahkan wanita itu meninggal dunia dalam keadaan tenang pada usianya 59 tahun.

“Puan Nunuk Nuraini meninggal dunia hari ini dan pulang dengan tenang ke pangkuan Allah SWT,” katanya kepada Kompas.com

Pemergian figura kulinari terkenal Indonesia itu mengundang sebak warganet selepas ramai berkongsi keenakan mi segera itu yang banyak meninggalkan memori dan boleh dikatakan makanan wajib ketika kesempitan hidup.

Perkongsian warganet mengenai kehilangan orang kuat di sebalik salah satu perusahaan mi segera terbesar di Indonesia itu, PT Indofood Sukses Makmur TBK tular menerusi semua platform media sosial.

Mereka antara lain menyifatkan Allahyarhamah seorang pahlawan!

Beberapa ciapan menarik perhatian . Antaranya daripada Laila Dimyati yang berkata:

 
 

indomie

Memang tidak dinafikan, jenama Indomie bukan sahaja terkenal di Tanah Seberang, bahkan mempunyai peminatnya di Malaysia dan di seluruh dunia.

Mengenali lebih mendalam siapakah Allahyarhamah Nunuk Nuraini, wanita yang mengabdikan diri selama hampir 30 tahun sebagai pakar rasa di dalam perusahaan mi segera itu bukan biasa-biasa.

Merujuk laporan jogja.tribunnews.com, Allahyarhamah merupakan graduan Universiti Padjajaran Bandung dalam jurusan Teknologi makanan dan bertanggungjawab dalam penyediaan perisa mi segera keluaran syarikat terbabit.

Beliau mencipta pelbagai ramuan rasa produk di syarikat itu antaranya soto, rendang, rendang selain perisa mi goreng Indomie.

Hebat bukan air tangannya? Padanlah, mi segera kebanggaan Indonesia itu menjadi pilihan mi segera yang mendapat permintaan tinggi di dunia.

Merujuk kepada artikel Lucas Kwan Peterson, pengkritik makanan yang disiarkan dalam latimes.com, Indomie menduduki ranking pertama dalam L.A. Times Instant Ramen Power Rankings 2019.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Sinar Harian , HMetro

Be the first to comment on "Pencipta Indomie meningg4l duni4"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*