Suami Isteri PJJ Dibenarkan Rentas Negeri Untuk Berjumpa, Tetapi Bersyarat

BERITA baik untuk pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan atau berlainan negeri, kerajaan telah memberikan kelonggaran untuk individu berkenaan melakukan perjalanan merentas negeri bagi berjumpa dengan pasangan masing-masing.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Sri Ismail Sabri dalam satu sidang media yang dibuat secara atas talian sebentar sahaja tadi.

Menurut beliau, suami isteri yang berjauhan dibenarkan untuk merentas negeri berkuatkuasa 27 Januari 2021  tapi perlu patuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

Antara syarat utamanya adalah mereka yang ingin merentas negeri perlu mendapatkan kebenaran dari pihak polis terlebih dahulu.

 

“Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan setuju untuk membenarkan pasangan suami isteri yang berjauhan disebabkan bekerja untuk merentas negeri bertemu keluarga masing-masing dengan syarat mendapat kebenaran dan kelulusan polis.

“Sama seperti yang lain-lain, kalau ada kes kecemasan memang kita benarkan tetapi perlu maklum kepada polis dan dapatkan kebenaran terlebih dahulu,” katanya.

 

Bagaimanapun, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan menasihati mereka yang bergejala sama ada mendapatkan rawatan terlebih dahulu, membuat saringan atau sebaik-baiknya menangguhkan perjalanan sehingga sihat.

Ismail Sabri juga berkata, 482 individu ditahan kerana ingkar arahan PKP semalam dan daripada jumlah itu, 444 orang dikompaun manakala 38 lagi direman.

 

“Antara kesalahan direkodkan tiada penjarakan fizikal (123), tidak memakai pelitup muka (114), gagal menyediakan peralatan, tidak merekod butiran diri pelanggan (72), rentas daerah dan negeri tanpa kebenaran (53) dan lain-lain (120),” katanya.

 

Sementara itu, perjalanan rentas negeri juga dibolehkan bagi kes membabitkan kecemasan, kematian, perubatan dan urusan kerja seperti berulang alik ke tempat kerja.

Sebagai contoh tinggal di Negeri Sembilan tetapi bekerja di Putrajaya. Namun, rentas negeri masih tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP selain daripada alasan tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber :  https://sinarplus.sinarharian.com.my/fyi/pasangan-tinggal-berjauhan-dibenarkan-merentas-negeri-bermula-esok-tapi-dengan-syarat

Be the first to comment on "Suami Isteri PJJ Dibenarkan Rentas Negeri Untuk Berjumpa, Tetapi Bersyarat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*