Jantina bayi nanti dulu…

TANGGAL 12 Disember tahun lalu, genaplah setahun usia perkahwinan Datuk Seri Eizlan Yusof, 50, dan isterinya Datin Seri Natasha Rosa, 30.

Mereka kini melalui detik-detik bahagia kerana menantikan kehadiran ‘orang baharu’ iaitu cahaya mata pertama tidak lama lagi.

 

“Usia kandungan Tasha sekarang dah nak masuk tujuh bulan. Insya-Allah dia dijadualkan bersalin pada minggu ketiga April nanti.

“Memandangkan sekarang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya banyak menghabiskan masa di rumah bersamanya kerana Tasha pun kerap bercuti.

“Kami dah tahu jantina bayi, tapi buat masa ini belum bercadang nak kongsi dengan peminat sehinggalah tiba waktu yang sesuai,” kata Eizlan.

 

Menurutnya dengan keadaan sekarang di mana banyak kedai kelengkapan bayi ditutup, mereka hanya melakukan persediaan secara ala kadar.

 

“Masuk Mac nanti, barulah kami akan fokus sepenuhnya untuk persediaan keperluan bayi. Namun, dalam situasi sekarang, kami ambil pendekatan berbelanja secara berhemah dan beli apa yang perlu sahaja,” katanya.

 

Eizlan berkata, kebiasaannya pada April atau Mei, dia akan melakukan aktiviti selam skuba di pulau-pulau di sebelah negeri pantai timur.

 

“Tasha juga pencinta selam skuba dan kami berada dalam kelab yang sama iaitu Nusantara Divers Club. Dia akan terbabit dengan aktiviti ini sekiranya ada kelapangan.

“Kali ini kami kenalah berehat seketika. Namun sekiranya Tasha tak mengandung pun, kita belum pasti sama ada aktiviti ini dibenarkan dalam situasi PKP sekarang.

“Apapun saya sasarkan akan ke Bali, Indonesia pada Julai nanti untuk buat aktiviti ini. Sepatutnya tahun lalu kami dah ke sana tapi terhalang kerana PKP dan Covid-19,” katanya.

 

Eizlan memberitahu perlu meneruskan impian ini kerana bayaran tiket penerbangan dan hotel sudah pun dibayarnya.

 

“Ia sebenarnya adalah perancangan bulan madu kami, tapi tertunda kerana masalah global ini. Insya-Allah, ketika itu (Julai) kesihatan Tasha dah stabil dan boleh ikut serta bersama-sama bayi kami.

“Namun, apapun ia akan bergantung kepada perkembangan situasi semasa juga,” katanya.

 

Eizlan yang mempunyai lesen selam skuba sejak 2013 turut memanfaatkan kebolehannya dengan terbabit dalam kempen selamatkan alam sekitar bersama Nusantara Divers Club.

 

“Ia dikenali sebagai Kempen Kebersihan Lautan Dan Pantai Kita. Saya betul-betul aktif bermula pada 2017 dan antara lokasi yang kami pernah buat ialah Pulau Perhentian.

“Tak dinafikan saya amat kecewa kerana semasa menyelam, ada juga terjumpa benda-benda yang tak sepatutnya di dasar lautan. Kadangkala di permukaan air pun, dah jumpa sampah.

“Kalau tengok video kempen ini, kita dapati banyak benda-benda yang tak sepatutnya berlaku seperti penyu tersangkut di pukat dan penyu makan plastik. Bagi saya, situasi sebegini amat menyedihkan,” katanya.

 

Sehubungan itu, Eizlan meminta supaya masyarakat di negara ini lebih berdisiplin serta tidak lagi terus mencemarkan alam sekitar.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment on "Jantina bayi nanti dulu…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*