Airil D3rita K4nser Hati Tahap 3

KOTA BHARU: Ketika kanak-kanak seusianya bermain, Putra Airil Asraq Mohd Aqimie, 8, tidak lagi bebas bergerak kerana disahkan menghi.dap peny4kit k4nser hati.

Sehingga kini, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong, di sini, itu sudah menjalani sebanyak 16 raw4an kem0t3rapi bagi mematikan s3l k4nser di dalam tubuhnya.

Lebih menyedihkan, Putra Airil disahkan menghi.dap kan.ser hati buat kali kedua pada Oktober tahun lalu menyebabkan dia kini tidak lagi boleh berjalan dan hanya mampu mengensot.

Bagaimanapun, wajahnya tidak pernah lekang daripada mengukir senyuman, sekali gus menyembunyikan penderitaan yang dialami.

Ibunya, Nurul Asyikin Razak, 32, berkata anak sulung daripada tiga beradik itu hanya sempat bersekolah dua bulan, sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

“Walaupun kini perlu mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), namun saya tidak pernah memaksanya dan pada masa sama, guru-gurunya juga memahami situasi serta kesihatan Airil pada ketika ini.

“Dalam keadaannya sekarang, saya tidak mahu beri tekanan kepada Airil dan jika dia berasa sihat dan mahu mengikuti PdPR saya akan menemaninya menyiapkan tugasan sekolah hingga selesai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kedai Mulong.

Beliau berkata, anaknya itu kini perlu mengikuti rawa.tan k3m0terapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian tiga kali sebulan bagi mem4tikan s3l k4nser.

“Setiap kali selepas selesai menjalani rawa.tan k3m0terapi, badan Airil akan menjadi lemah serta lesu dan kesan daripada itu berat badannya juga semakin menyusut dan kini hanya seberat 17 kilogram.

“Ibu mana yang sanggup melihat anak sekecil itu menanggung d3rita, namun saya dan suami, Mohd Aqimie Zulkifli, 37, sedaya upaya berusaha memastikan apa saja ikhtiar yang dapat diberikan asalkan k4nser itu dapat dipulihkan,” katanya.

Nurul Asyikin berkata, anaknya sebelum ini sudah disahkan b3bas daripada k4nser hati tahap dua pada 2017, namun tahun lalu dia tidak menyangka perubahan pada anaknya yang sering mengadu s4kit di bahagian sendi, menjadi petanda s3l k4nser kembali menyerang.

“Selama sebulan anak saya meng4du sakit di bahagian sendi, sebelum saya dan suami bawa Airil ke HUSM Kubang Kerian mendapatkan rawatan lanjut.

“D0ktor terpaksa mengambil air tulang belakang dan bi0psi di bahagian kaki kirinya dan hasil keputusan yang diperoleh mengesahkan Airil sekali lagi menderita penyakit k4nser hati tahap tiga,” katanya memberitahu anaknya itu mula disahkan mend3rita p3nyakit berkenaan sejak berusia dua tahun sembilan bulan.

Katanya, pada Oktober tahun lalu juga dia mengambil keputusan berhenti kerja sebagai jururawat di sebuah klinik swasta untuk memberi sepenuh perhatian kepada anaknya.

“Kini, hanya suami yang bekerja mencari rezeki untuk kami lima beranak dengan pendapatan yang tidak menentu sebagai mekanik,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : BH Online

Be the first to comment on "Airil D3rita K4nser Hati Tahap 3"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*