Lelaki Ini Puji Hannah Delisha Seperti Bidadari. Sekali Isteri Masuk Komen

 

 

Membuat keputusan untuk berhijab sejak September lalu, ramai yang memuji penampilan terbaru pelakon Hannah Delisha yang dilihat lebih cantik dan manis apabila menutup aurat.

Setelah hampir empat bulan berhijab, Hannah telah memadam gambar freehair dan mendedahkan aurat di akaun Instagram miliknya.

Tindakan Hannah itu dipercayai selepas ada netizen meninggalkan komen meminta pelakon itu memadam gambar memaparkan dirinya tidak bertudung sebelum ini.

Seorang netizen memberitahu, Hannah sudah memadam lebih 800 keping gambar dan kini hanya tinggal 200 lebih sahaja gambar untuk tatapan umum.

Portal hiburan Oh My Media telah memuat naik 1 gambar Hannah Delisha dengan kapsyen “Tak jemu tengok kecantikan Hannah Delisha ni”.

Posting tersebut mendapat 25 ribu tanda suka dan lebih 1200 komen.

Tetapi di dalam komen komen tersebut terdapat 1 komen yang mendapat perhatian netizen.

Individu ini memuji kecantikkan Hannah seperti bidadari dan memohon untuk menatap wajah Hannah.

 

Sesungguhnya bidadari itu memang betul² wujud…Izinkan saya pinjam satu minit utk menatapi kecantikan mu

Yang menjadikan komen ini paling ramai netizen reply adalah apabila seorang wanita yang rata rata sangka adalah isteri kepada lelaki tersebut masuk komen.

 

EWAHH DAHSYAT SUNGGUH BUAYA DARAT NI, BIDADARI TAK WUJUD ATAS DUNIA NI, YANG BETUL² WUJUD ATAS DUNIA NI BUAYA MIANG GALOK GATAL GELENYA BALIK RUMAH KARANG SIAP LAA !!! EEEE GERAM NYA

 

Lelaki tersebut tersebut jawab komen isteri dia dan memberitahu dia hanya bergurau sahaja.

Komen itu sahaja mendapat 120 komen semula dari netizen. Rata rata mendoakan agar lelaki itu dipermudahkan urusan. Ada juga yang beri nasihat

Beras kita beli’.

Netizen seperti biasa, mesti ada yang sokong lelaki dan ada yang sokong perempuan.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : AwattSyeikhhh Network

Be the first to comment on "Lelaki Ini Puji Hannah Delisha Seperti Bidadari. Sekali Isteri Masuk Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*