“Nak Bagi ‘Breakfast In Bed’ Tapi Suami Mengam0k” Kena Kej0t Dari Tid0r & Ni yang Jadi

 

 

Biasalah kan kalau nak buat ‘surprise’ dekat pasangan kan? Tapi, lain pula yang jadi kepada seorang wanita ini yang nak ‘sweet’ dengan suami dia tapi sebaliknya bertukar tragedi.

Rukiye Ay, 23, merancang untuk beri kejutan kepada suami dengan membawanya sarapan pagi di dalam bilik atau dipanggil ‘breakfast in bed’. Selepas selesai siapkan sarapan, dia terus ke dalam bilik dah kejut suaminya, Ali Ay, 28, dari tidur.

Kejutan itu bertukar huru hara apabila Ali yang sedang tidur mengamuk selepas dikejut oleh Rukiye. Marah dengan tindakan isterinya itu, Ali menyimbah air panas menggelegak terhadapnya menyebabkan bahagian belakang badan Rukiye melecur teruk.

Menurut Mirror, kejadian itu berlaku di rumah pasangan tersebut di sebuah bandar di Turki pada 9 Januari lepas. Disebabkan kejadian itu, Ali telah ditahan reman oleh pihak polis dan Rukiye dihantar untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Ketika ditemu bual, Rukiye berkata,

Saya siapkan semua (sarapan) dan beritahu suami sarapannya dah terhidang (di atas katil). Dia terus marah dan bertanya kenapa saya kejut dia dari tidur. Dia beritahu supaya saya tidak kacau dia jadi saya terus bersarapan dengan anak perempuan saya.”

Dia bad mood dan beritahu akan ceraikan saya dan akan dapatkan hak penjagaan anak kami. Kemudian dia tuang air panas di bahagian leher dan cuba untuk simbah di muka tapi saya sempat elak.”

Saya lari daripada dia dan dapat rasa baju melekat di kulit saya (yang melecur). Lepas itu dia baling lebihan air panas itu ke arah saya dan terkena kaki anak kami dan bahagian pinggul.”

Dia genggam rambut saya dan heret saya ke dalam bilik air.”

Kata Rukiye, ketika suaminya menjawab panggilan telefon dia mengambil kesempatan untuk melarikan diri ke rumah jiran dan menghubungi polis.

Ali kemudian ditahan dan dibebaskan namun ianya menimbulkan protes dan kemarahan orang ramai sehinggakan polis bertindak menahannya semula. Kata Rukiye,

Saya tak percaya dengan apa yang berlaku, selagi dia bebas saya dan anak perempuan saya dalam bahaya.”

Pasangan itu dikatakan sudah mendirikan rumah tangga sejak 5 tahun lepas.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : MOTIFVIRAL via LM

Be the first to comment on "“Nak Bagi ‘Breakfast In Bed’ Tapi Suami Mengam0k” Kena Kej0t Dari Tid0r & Ni yang Jadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*