Cara Kreatif Wanita Ini Untuk Ambil Pesanan Dari ‘Rider’ Raih Pujian Netizen

SEMAKIN hari semakin ramai yang prihatin dan menghargai golongan penghantar barang dan makanan seperti Foodpanda, Grab dan sebagainya.

Berikutan pergerakan terhad ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), permintaan terhadap perkhidmatan ini sangat tinggi sehingga masyarakat berasa kehidupan akan menjadi lebih sukar tanpa adanya golongan ini.

Cara seorang gadis berusia 21 tahun berdepan dengan geng rider ternyata menjadi perhatian apabila dia hanya menurunkan kotak khas dari tingkat atas kediamannya menggunakan tali panjang sebelum meminta rider meletakkan barang atau makanan yang dipesan di situ.

 

“Terima kasih abang Foodpanda, saya rasa serba salah ambil makanan macam ini. Saya minta maaf ya,” tulisnya dalam posting tular yang dikongsi di TikTok.

 

Ketika dihubungi mStar, Shafira Abdul Malek, memberitahu kotak itu telah lama disediakan untuk kemudahan rider dan dirinya sendiri yang mana masing-masing tidak perlu naik-turun tangga.

“Memang kalau rider makanan ke, abang Poslaju ke semua akan letak dalam kotak itu.

“Tapi baru kali ini saya ambil video dan entah kenapa tiba-tiba saya rasa bersalah dengan dia… rasa macam cara saya tu kurang sopan pula.

“Tapi Alhamdulillah selepas viral ramai yang faham tindakan saya dan komen murni-murni je,” katanya.

Shafira yang bekerja di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor memberitahu dia kebetulan tinggal di tingkat paling atas asrama yang disediakan oleh majikannya, justeru jarak sosial setiap kali dia berurusan dengan rider agak jauh.

Bercerita lanjut mengenai video tular tersebut, Shafira berkata pada Isnin lalu dia terlalu penat selepas pulang bekerja syif malam dan membuat pesanan makanan kira-kira jam 10.30 pagi.

“Bukan malas, cuma nak mudahkan urusan. Lagipun saya penat sangat baru balik kerja masa tu dan paling penting nak jaga SOP sebab k3s C0vid-19 tengah meningkat.

“Saya memang buat macam tu tak nak susahkan rider naik sampai tingkat atas, cuma cara saya tu takut mereka terasa hati atau ada yang tak boleh terima,” katanya.

Bagaimanapun ceritanya tidak terhenti setakat itu saja!

Menurut anak bongsu daripada lima beradik ini, selepas rider itu pulang, dia ada menghantar mesej WhatsApp kepada rider berkenaan untuk memohon maaf sekiranya tindakannya itu menyinggung perasaan selain mengucapkan terima kasih kepadanya.

“Abang rider dalam video viral tu pun OK saja. Dia balas mesej saya dengan baik dan masa berjalan ke motosikal dia sempat lambai saya,” jelasnya.

 

Shafira (bertudung kelabu) bersama rakan-rakan di tempat kerja.

 

Shafira berkata, jika tidak membuat pembayaran online, dia akan meninggalkan duit di dalam kotak yang bertulis ‘Thank You Rider’ itu dan jika ada baki dia akan memberikan sahaja kepada rider yang bertugas sebagai sedekah.

Rata-rata netizen memberi komen positif dan menyokong tindakannya lebih-lebih lagi dari geng rider.

“Terima kasih permudahkan urusan rider. Senang kami macam ini,” komen salah seorang penghantar makanan.

Netizen juga memuji idea kreatif ini kerana selain memudahkan urusan masing-masing ia juga dapat menjaga penjarakan sosial.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Cara Kreatif Wanita Ini Untuk Ambil Pesanan Dari ‘Rider’ Raih Pujian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*