“Ako Mustapha K0ngsi Berita Dvka” Bila Baru Saja Kehil4ngan Ins4n Tercinta Aklbat Jngk1tan C0v1d

 

 

PELAKON Ako Mustapha berkongsi berita duka apabila ibu mentuanya dikenali Hajah Santanina menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis.

Menerusi laman Facebook, Ako atau nama sebenar Muhaizad Ahmad Mustapha, 48, memaklumkan Santanina men1nggal dunia akibat jangk1tan Cov1d-19.

“Assalamualaikum dimaklumkan bahawa mak mertua saya Hajah Santanina telah kembali ke Rahmatullah hari ini di HKL disebabkan v1rus Cov1d-19, ” tulisnya di laman tersebut.

Rata-rata pengikut turut bersimpati dengan perkhabaran itu dan mendoakan supaya Allahy4rham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Ako di Facebook pada petang Khamis.

“Salam takziah Ako dan isteri Tina Mustapha serta seluruh ahli keluarga. Tabahkan hati dan semoga r0h arw4h bersama orang-orang beriman, ” komen pengikut.

Pada April 2019, Ako pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatan ibu mertuanya berada dalam tahap kurang baik sehingga dimasukkan ke hospital.

“Doa saya bersama mak mertua… Semoga ALLAH SWT berikan kesembuhan yang cepat dan dipermudahkan semuanya buat keluarga isteri saya, ” katanya.

Ako berkahwin dengan Kartina Shuaib pada 17 Januari 2009 dan pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

KELIBAT pelakon Ako Mustapha ketika menghadiri rumah terbuka saluran Astro Warna pada Isnin lalu hampir tidak dikenali gara-gara perubahan fizikalnya yang begitu ketara.

Bercakap mengenai perubahannya itu, Ako, 46, berkata, ia adalah hasil ketegasan daripada isterinya, Kartina Abdullah sejak dua tahun lalu yang mahu dia bersenam dan mengamalkan diet demi kesihatannya.

Jelas Ako atau Muhaizad Ahmad Mustapha, sebelum ini berat badannya mencecah 90 kilogram namun berjaya menurunkan angka itu kepada 70 kilogram sahaja.

“Ada orang ingat perubahan saya ini mendadak sebaliknya ia usaha yang memakan masa dua tahun untuk mengurangkan 20 kilogram!

“Ini semua hasil ketegasan isteri saya yang mahu saya menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup serta pemakanan sihat.

“Kebiasaannya dia akan pantau apa yang saya makan dan paksa saya bersenam… Apa dilakukan semuanya untuk kesihatan saya,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Ako lagi, perubahan fizikalnya itu juga dilakukan demi kerjayanya sebagai pelakon agar tampak lebih baik dalam kamera.

Ako kini lebih banyak menumpukan kepada kerja dibelakang tabir.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Ako mengakui dia kini sudah jarang berlakon kerana lebih selesa bekerja di belakang tabir.

Katanya lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini dia lebih banyak bertindak sebagai produser menerbitkan program televisyen dan ia memberi kepuasan kepadanya.

“Tawaran berlakon masih ada cuma adakalanya saya tolak sebab kebanyakan watak diberikan sama sahaja… Jika ada yang benar-benar menarik perhatian saya terima.

“Sekarang saya banyak terlibat di belakang tabir, meneribtkan program televisyen selain ada bisnes lain,” ujarnya.

 

Sumber: MB

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/01/22/ako-mustapha-k0ngsi-berita-dvka-bila-baru-saja-kehil4ngan-ins4n-tercinta-aklbat-jngk1tan-c0v1d/

Be the first to comment on "“Ako Mustapha K0ngsi Berita Dvka” Bila Baru Saja Kehil4ngan Ins4n Tercinta Aklbat Jngk1tan C0v1d"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*