Dua Kanak-Kanak Nigeria Fasih Berbahasa Melayu, “Macam Alih Suara”

 

Bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu antara yang harus kita banggakan. Apatah lagi apabila bangsa selain Melayu dan bukan warganegara mampu berbicara menggunakan bahasa kebangsaan dan cukup fasih sekali. Bukan sesuatu yang pelik apabila orang selain dari rakyat Malaysia mampu berbahasa Melayu dengan lancar.

Sama seperti dua kanak-kanak Nigeria dalam video yang tular baru-baru ini. Menerusi rakaman tersebut kedengaran dua kanak-kanak Nigeria fasih berbahasa Melayu berbual bersama seorang pemuda. Mendengarkan perbualan tersebut dua kanak-kanak itu cukup lancar bercakap.

Ditanya beberapa soalan oleh pemuda itu dan dua kanak-kanak tersebut dapat menjawab dengan selamba sekali. Berikut adalah rakaman dua kanak-kanak Nigeria fasih berbahasa Melayu yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter ini:

 

— KewanganBijak🛡📈💼💰 (@aliffshanusi) January 11, 2021

 

Wow, memang cukup membanggakan! Mungkin juga mereka ini membesar dan bersekolah bersama anak-anak tempatan jadi disebabkan itu kanak-kanak ini mampu berbahasa Melayu dengan lancar.

Video dua kanak-kanak Nigeria fasih berbahasa Melayu ini meraih lebih 136 ribu tontonan dan 4,900 retweets serta 8,800 likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

 

“Comel lah petah betul”

Nigeria Fasih Berbahasa Melayu 3

 

“Comelnya suara dia lembut soft spoken ish suka budak yang soft spoken”

Nigeria Fasih Berbahasa Melayu 2

 

“Terbaik la adik ni…Orang Malaysia yang pure Melayu pon ada yang still pelat cakap Melayu….”

Nigeria Fasih Berbahasa Melayu 1

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Dua Kanak-Kanak Nigeria Fasih Berbahasa Melayu, “Macam Alih Suara”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*