Kecoh! Netizen Pertikai Permohonan Nama ‘Daging Harimau Menangis’ Ibu Neelofa

 

 

Sejak semalam, di laman Twitter tular mengenai ibu kepada usahawan dan selebriti terkenal Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed selepas dia dikatakan telah memohon cap dagangan (trademark) produk keluarannya, Daging Harimau Menangis menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Netizen Pertikai Penggunaan Nama Daging Harimau Menangis 

Menerusi sebuah pendedahan yang dibuat oleh pengguna laman Twitter yang dikenali sebagai @azrulhaqim, dia meluahkan rasa tidak puas hati berikutan nama produk makanan tersebut telah dipatenkan oleh Kartini memandangkan ianya merupakan sebuah menu dan nama yang sudah lama digunapakai.

 

Perkongsian tersebut yang telah mendapat lebih dari 6,000 ulang kicau (Retweet) turut mendapat cadangan daripada pengguna lain yang menyeru orang ramai untuk membuat bantahan kepada MyIPO mengenai pengunaan nama tersebut

 

“Kita boleh buat bantahan dari orang awam. Dia filekan ini baru bulan 11. Sila email ke myipo kalau betul-betul serious tak nak tm ni register.

Normally TM akan siap in 6 months. Now dah 4 months. Maybe nak call diorang tak kerja dah esok, so email saja.Cari kat google myipo” tulis salah seorang pengguna

 

Di sebalik perkongsian tersebut, terdapat segelintir pengguna bertindak mempertahankan Kartini yang mana mereka mendakwa ibu kepada selebriti itu hanya mempatenkan rekaan dan logo jenama tersebut pada bungkusan produknya.

 

“Rasanya nama tu tak boleh trademark, yang boleh trademark cuma stylize version bagi tulisan tu. Macam yang dia letak kat myIPO form dia. So orang still boleh guna, cuma bukan versi stylize yang sama. Macam jenama Bo55ku tu,” kongsi @shupadupa

 

Dikhabarkan, Daging Harimau Menangis yang dikeluarkan oleh Kartini menerusi syarikatnya, Noor Khan Enterprise telah mengeluarkan hampir 10 ribu pek produk itu sejak mula berada di pasaran pada Ogos lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : murai.my

Be the first to comment on "Kecoh! Netizen Pertikai Permohonan Nama ‘Daging Harimau Menangis’ Ibu Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*