Takut Dijangkiti C0vid, ‘Pria’ Indonesia Ini Tempah Satu Pesawat Hanya Untuk Dia Dan Isterinya

 

Bagi mengelakkan risiko untuk dijangkiti wabak C0vld-19, orang ramai disarankan untuk tidak keluar rumah lebih-lebih lagi untuk keluar negara.

Namun seorang lelaki Indonesia menemui jalan penyelesaian dengan menempah seluruh pesawat untuk penerbangan ke Bali bagi percutian tahun barunya bersama isteri.

Richard Muljadi dan isteri pelakonnya Shalvynne Chang yang sangat khuatir akan dijangkiti wabak C0vld-19 berkongsi gambar penerbangan mereka yang kosong tanpa penumpang lain sehingga kelihatan seperti di dalam jet peribadi.

Menggunakan syarikat penerbangan komersial Batik Air untuk perjalanan tersebut lelaki itu menyatakan bahawa  dia bertindak menempah keseluruhan tempat duduk untuk pesawat penerbangan komersial itu yang jumlahnya jauh lebih mudah daripada menyewa jet peribadi.

 

indonesia_socialite_flight

Gambar yang dimuat naik ke Instastory lelaki itu bertulis

“Setelah aku tempah sebanyak mungkin tempat duduk, harganya tetap lebih murah daripada menyewa PJ. Itulah helahnya”.

 

Muljadi dianggarkan menghabiskan antara Rp75 juta (RM21,619.71) ke Rp110 juta (RM 31,708.91) untuk tempahan seluruh tempat duduk dalam pesawat itu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Takut Dijangkiti C0vid, ‘Pria’ Indonesia Ini Tempah Satu Pesawat Hanya Untuk Dia Dan Isterinya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*