Eyra Hazali Kongsi Video Cara S0lat Sambil Dukung Anak

TINDAKAN pelakon Eyra Hazali berkongsi video sembahyang sambil mendukung anaknya yang kini berusia lima bulan mendapat perhatian netizen di laman sosial Instagram pada Jumaat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

Eyra atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali, 22, berkata, perbuatan itu bagi mengelakkan anaknya terus menangis ketika dia sedang bersolat.

Malah, kata Eyra, cara itu juga membuatkan dia lebih khusyuk melakukan ibadah wajib itu tanpa memikirkan kerenah anaknya yang sedang meragam.

 

“Solat itu wajib, tak kira dalam keadaan apa pun, pasti ada cara yang memudahkan. Islam itu mudah. Sebelum ini tak tahu, jika Hayder meragam, dia menangis teruk memang (saya) biar je nangis.

“Sampai saya terfikir, takkan takda cara? Susah juga macam ini sebab kita susah hati dia nangis kuat. Hayder sekarang memang meragam teruk, nak dukung saja. Alhamdulillah, saya jumpa cara dan sangat-sangat mudah.

“Dukung dan jika masih menangis, tenangkan saja, tak batal pun, janji khusyuk dan aurat terjaga,” katanya.

 

Eyra berkahwin dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli, 23, pada 1 November 2019 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Hayder Qhalish yang kini berusia lima bulan.

Dalam pada itu, pelakon drama Mr. Grey ini juga berharap perkongsian tersebut dapat memberikan manfaat kepada pengikutnya yang mengalami situasi sama.

 

“Tengok la Hayder, waktu dukung elok, bila letak mengada-ngada nak juga guling. Semoga bermanfaat untuk kita semua,” katanya.

 

Video itu kemudiannya disambut baik rakan-rakan artis seperti Elvina Mohamad, Raja Syahiran, Mawar Rashid dan Dayah Bakar yang mengucapkan terima kasih di atas perkongsian berkenaan.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang mempertikaikan perkongsian itu dan menganggap aktres itu sengaja mahu menunjuk-nunjuk dirinya melakukan amal ibadah untuk tatapan umum.

 

“Yelah (solat) wajib. Tapi wajib ke awak perlu tunjuk dan rakam apa yang awak tengah solat tu? Apa niat dan tujuannya… solat dan kemudian rakam bagi semua orang tengok yang awak melakukan ibadah yang wajib pada umat Islam sedangkan awak macam menunjuk-nunjuk, ibaratkan macam tu. Apa niat tu?” kata seorang netizen.

 

Tidak mudah melatah, Eyra kemudian membalas komen tersebut dengan menyatakan dia sekadar mahu berkongsi ilmu yang mungkin tidak diketahui ramai agar ia dapat dimanfaatkan kepada pengikut laman sosialnya.

 

“Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk. Saya kongsikan ilmu yang mungkin ramai tak tahu. Kalau baca komen, ramai yang tak tahu boleh buat macam ini.

“Saya gunakan platform saya untuk kongsikan apa yang saya tahu.

“Awak pun ‘ibaratkan macam tu’ maknanya awak hanya buat andaian terhadap saya. Dah besar boleh fikir mana yang baik, mana yang tak,” kata Eyra.

 

Sebagai makluman, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sama ada untuk imam, makmum atau solat secara bersendirian, kita dibenarkan mendukung bayi lelaki mahupun perempuan. Ia dibenarkan untuk solat fardhu atau sunat dengan disertakan syarat-syarat tertentu.

Syarat itu ialah bayi mestilah bebas daripada najis, mengawal pergerakan supaya tidak melakukan pergerakan anggota besar sebanyak tiga kali berturut-turut, memastikan dada sentiasa menghadap kiblat dan melakukannya hanya dalam keadaan yang benar-benar memerlukan (jika tiada siapa yang dapat menjaga bayi ketika kita sedang bersolat).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Eyra Hazali Kongsi Video Cara S0lat Sambil Dukung Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*