Terperangkap Dalam ‘Jam’, Hafiz Dan Isteri Bersyukur Ada Yang Membantu

 

Nama Hafiz Mahamad sememangnya sudah dikenali ramai lebih-lebih lagi selepas video beliau membantu menguruskan jenazah sahabat baiknya tular sehingga ke negara jiran, Indonesia.

Kini, giliran Hafiz dan Aina pula dibantu oleh penduduk kampung di sekitar Gua Musang.

Semenjak 3 Disember lepas, kita telah dikejutkan dengan berita kejadian banjir, tanah runtuh serta kesesakan jalan raya di seluruh negara.

Seperti biasa, Hafiz pastinya akan kongsikan apa-apa update yang berlaku sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan tanpa disangka keluarga kecilnya itu turut memerlukan bantuan segera.

Tidak menyangka akan tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas, Hafiz dan Aina tidak menyangka bahawa susu dan pampers anak mereka iaitu Raisya Narisa tidak mencukupi.

Disebabkan itu, Hafiz telah membuat Instagram live untuk mendapatkan maklumat daripada penduduk setempat mengenai kedai runcit yang berhampiran.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Tidak sangka rupa-rupanya ada pemandu lain berdekatan telah menonton siaran Instagram live Hafiz dan bergegas memberi bantuan kepada mereka.

Terharu dengan apa yang berlaku, Hafiz berjanji untuk berjumpa dengan dua individu berkenaan selepas tiba di Kuala Lumpur nanti.

 

Rata-rata netizen terharu dengan kejadian tersebut dan meninggalkan komen bahawa ini merupakan balasan kepada Hafiz yang sentiasa bermurah hati untuk membantu orang lain.

Semoga perkara ini dapat menjadi pengajaran kepada kita semua untuk terus membuat kebaikan kepada orang lain.

Sumber foto dan video: Instagram Hafiz Mahamad

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : HotFM

Be the first to comment on "Terperangkap Dalam ‘Jam’, Hafiz Dan Isteri Bersyukur Ada Yang Membantu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*