[VIDEO] Gigih Menari Hiburkan ‘Member’ Tengah ‘Broken’ – “Mana Nak Cari Sahabat Macam Ni?”

Memiliki sahabat yang memahami serta sentiasa berusaha untuk menceriakan hari-hari kita merupakan salah satu nikmat terindah. Hal ini kerana, zaman sekarang memang sukar nak mencari sahabat di kala susah dan juga senang. Sekiranya sudah ada teman sejati yang benar-benar ikhlas, ia wajar dihargai selagi mereka masih ada.

Menerusi perkongsian @faryanggaa di Tiktok, terlihat rakannya sedang kecewa lalu menangis di hadapan mereka. Lelaki yang dikenali sebagai Ryan ini berpakat dengan beberapa orang lagi untuk menghiburkan hati temannya itu dengan melakukan tarian-tarian yang lucu. Perempuan tersebut terlihat mula tertawa dengan aksi-aksi ditonjolkan oleh seorang pemuda yang memakai baju berwarna putih. Tidak lama kemudian, gadis ini turut menari bersama-sama dengan beberapa orang rakannya yang lain sambil tersenyum bahagia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa terharu melihat kegigihan kawan-kawannya untuk hiburkan semula gadis tersebut. Selain daripada menginginkan teman seperti di dalam video itu, ada juga yang mendoakan agar hubungan persahabatan mereka ini kekal hingga ke syurga. Video yang berdurasi 1 minit itu telah meraih lebih 1 juta tontonan semenjak dimuat naik di aplikasi Tiktok.

 

Sumber : Tiktok @Faryanggaa

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : http://www.news.dekiwaketek.com/

Be the first to comment on "[VIDEO] Gigih Menari Hiburkan ‘Member’ Tengah ‘Broken’ – “Mana Nak Cari Sahabat Macam Ni?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*