Fazura Dedahkan Wajah Puteri Sulung

SETELAH lebih dua bulan membuatkan peminat ternanti-nanti, akhirnya pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin berkongsi wajah puteri sulung mereka, Nur Fatima Aisya.

Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram kedua-dua selebriti tersebut sempena meraikan kedatangan tahun baharu 2021.

Dalam foto itu, Fatima yang didukung Fazura kelihatan comel menggayakan persalinan gaun berenda putih serta bertopi.

“Selamat Tahun Baharu 2021. Salam sayang, Fattah, Fazura dan Fatima,” ucap pasangan tersebut.

 

Perkongsian yang ditunggu-tunggu itu ternyata menggembirakan peminat termasuk rakan artis yang memuji wajah comel Fatima.

 

“MasyaAllah… comel sangat! Semoga Fatima membesar dengan sihat, cerdas, kuat dan sempurna. Moga jadi anak solehah.

“Nak… wajahmu mix daddy and mommy. Terus bahagia kalian bertiga sampai ke syurga,” antara komen netizen

 

Fazura selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Oktober lalu di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota.

Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 selepas menjalinkan hubungan cinta ketika sama-sama menjayakan drama bersiri Hero Seorang Cinderella

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Fazura Dedahkan Wajah Puteri Sulung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*