Lelaki Kahwini Dua Kekasih Serentak

 

Kebiasaannya pasangan pengantin digelar ‘bagai pinang dibelah dua’ dalam peribahasa masyarakat Melayu. Itu kalau sepasang yang bermaksud seorang pengantin lelaki dan seorang lagi pengantin perempuan. Tapi bagaimana pula kalau di sebuah majlis perkahwinan ada seorang pengantin lelaki dan dua pengantin perempuan yang bersanding sekali gus?

Ini yang terjadi di sebuah majlis perkahwinan di Indonesia. Menerusi laporan portal Detik, pengantin lelaki bernama Suwan berusia 20 tahun itu menikahi kedua-dua kekasihnya di satu majlis. Kisah mengenai lelaki kahwini dua kekasih serentak ini bermula apabila Suwan berkenalan dengan Popy Anggraini, 18 tahun. Mereka kemudiannya bercinta selama tiga tahun.

 

830D6A56-FD29-455F-B6EB-3EB4CFE9C786-640×370

 

Manakala dengan Anggun, 19 tahun pula, dia bertemu setelah tiga tahun bercinta dengan Popy Anggraini. Suwan akhirnya mengambil keputusan untuk menyunting kedua-duanya. Tambahnya lagi, kedua-dua kekasihnya mahu bernikah dengan lelaki ini dan mereka meminta restu dari ibu bapa masing-masing.

 

“Kedua-duanya kata mahu nikah dengan saya. Jadi kami minta restu dari ibu bapa,”

 

Berdasarkan laporan itu juga, ibu bapa mereka terkejut dengan permintaan tersebut namun tetap merestui hubungan mereka. Difahamkan Suwan, Anggun dan Popy Anggraini dinikahkan pada Oktober lalu dan majlis persandingan mereka berlangsung pada 26 Disember baru-baru ini.

Ketiga-tiga pengantin ini bersanding di pelamin dengan masing-masing lengkap berbusana tradisional Sumatera Selatan berona merah keemasan. Kisah lelaki kahwini dua kekasih serentak ini telah mendapat perhatian ramai di negara seberang tersebut.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MANAberita (@manaberita)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Lelaki Kahwini Dua Kekasih Serentak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*