Alif Satar K0ngsi Pengalaman Sebagai Bekas P3sakit C0vid-19

 

“Aku bukan doktor, aku bukan orang yang tahu tentang medical. But I can share apa pengalaman dia.”

 

 

Seperti yang kita sudah ketahui, penyanyi Alif Satar pernah mengejutkan kita apabila beliau disahkan positif Covid-19 pada 22 November lalu.

Sepanjang 14 hari menjalani kuarantin di Hospital Melaka, Alif mengambil keputusan untuk kongsikan perjalanan hidupnya di sana dan dimuat naik di dalam YouTube channel miliknya.

 

 

Menurut Alif pada mulanya beliau melakukan ujian saringan Covid-19 semasa menjalani pengambaran sebuah drama hanya lah sebagai salah satu inisiatif dirinya dan tidak menyangka selepas menghadiri Semi Final Muzik-Muzik Ke-35 (SFMM35), beliau disahkan positif wabak tersebut.

“Wallahi, tak ada simptom tak demam atau batuk. Next day lepas habis semi final, Alif shooting di Melaka dan tiba-tiba dapat phone call bahawa salah seorang ahli keluarga Alif positif Covid-19.”

 

 

Tambahnya, beliau terus menitiskan air mata kerana mengenangkan keluarganya di rumah serta rakan-rakan yang turut bersamanya ketika SFMM35 berlangsung.

 

“Alif tak fikir Alif dah tapi fikirkan diorang semua sebab serba salah. Dalam kepala pula fikir parents Alif lagi-lagi lepas mereka pun disahkan positif. What if isteri dan anak-anak semua positif, siapa nak jaga dekat hospital? What if Shad(isteri Alif) je yang positif? Siapa nak jaga anak-anak aku? Dia punya mental stress memang sangat mencabar.”

 

Di kesempatan itu, Alif mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T agar dapat menenangkan keresahan di dalam dirinya.

 

 

Rata-rata penonton yang menonton video tersebut turut merasai kesedihan yang dialami oleh Alif dan juga berterima kasih kepada penyanyi tersebut atas perkongsian kisah itu.

Dalam masa yang sama, mereka juga berasa terkesan dengan doa yang dikongsikan oleh Alif.

 

Semoga perkongsian Alif ini dapat memberi semangat kepada kita semua!

 

 

Sumber video dan foto: Youtube channel Alif Satar dan Instagram Alif Satar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : HotFM

Be the first to comment on "Alif Satar K0ngsi Pengalaman Sebagai Bekas P3sakit C0vid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*