‘K4ntoi’ Harga Basikal Mahal, Netizen Bersatu Hati Backup Suami Ini Daripada Dim4rahi Isteri

 

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata confirm kena tidur luar!

Twit daripada Borneo Ghost Online telah mendapat perhatian seorang wanita dikenali sebagai Cik Nils yang tidak menyangka harga basikal yang dimiliki oleh suaminya berjumlah RM45,000.

Akui terkejut dengan harga yang tertera kerana menurut Cik Nils, beliau tidak kisah sekiranya suaminya ingin membelanjakan wang untuk barang yang diminatinya.

 

“Saya tak pernah ambil tahu pun pasal suami belanja untuk minat dia. Tapi bila semalam ternampak post tu, saya pun terkejut, takkan la beli basikal sampai RM45,000.”

 

Namun beliau tidak menyangka juga sekiranya basikal milik suaminya semahal itu walaupun bentuknya sama seperti basikal yang dimiliki oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Yang Berhormat Khairy Jamaluddin.

Tambahnya lagi, twit itu hanya sekadar untuk mengusik suaminya sahaja dan turut tidak sangka akan viral begitu sekali.

 

Mana tidaknya, disebabkan twit berkenaan, ramai kaum lelaki tampil untuk ‘backup‘ suami beliau dengan mengatakan bahawa basikal tersebut hanya la copy ori sahaja dan bersatu hati meninggalkan komen kata-kata semangat buat si suami agar tidak dimarahi oleh si isteri.

Lebih melucukan apabila akaun Twitter Borneo Ghost Online sekali lagi tampil memberitahu kononnya pihak mereka tersalah tulis tentang harga basikal itu yang mana ia hanya berharga RM4,500 sahaja.

 

 

Sumber foto: Twitter Cik Nils

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber: Hot FM

Be the first to comment on "‘K4ntoi’ Harga Basikal Mahal, Netizen Bersatu Hati Backup Suami Ini Daripada Dim4rahi Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*