“Kita Tak Boleh Bosan Antara Satu Sama Lain” – Pesan Aepul Untuk Isterinya

Pelakon Leez Rosli mengakui banyak perkara yang mungkin pasangan suami isteri tidak sebulu dalam menjalani kehidupan berumah tangga.

Begitupun, katanya, dia belajar untuk tidak sesekali mencari kesempurnaan terhadap pasangannya.

 

“Seorang suami dan isteri mungkin banyak tidak sebulu dengan banyak perkara, namun, mereka tidak boleh sesekali putus asa antara satu sama lain, dan sentiasa memaafkan kesalahan.

“Jadi, saya tutup mata saya dengan kekurangan yang dia miliki, dan ketidaksempurnaannya kerana saya tahu, dia juga lakukan perkara yang sama.

“Jangan mencari kesempurnaan dan mengharap yang keterlaluan dalam berpasangan, dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

 

Coretan itu dikongsikan Leez sempena sambutan ulang tahun perkahwinannya yang keenam semalam.

Bahkan, dalam hantaran tersebut, bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat itu turut memberikan dedikasi istimewa buat suaminya, penyanyi Aepul Roza.

Dalam coretannya itu, Leez memberi pesanan kepada suaminya untuk tidak pernah bosan dalam melayari kehidupan bersamanya.

 

“Baby, kita tak boleh bosan antara satu sama lain sebab forever tu lama tau. Tolong beritahu apa yang awak inginkan daripada saya, dan kami pun akan buat benda yang sama.

“Jangan minta kahwin lagi dah lah, ku potong waktu tidur nanti! Demi Allah, I love you more than you’ll ever know. Selamat Ulang Tahun perkahwinan suamiku,” katanya.

 

Sementara itu, Aepul menerusi satu hantaran di Instagramnya pagi tadi juga mengakui kehadiran Leez dalam hidupnya cukup bermakna.

 

“Saya tidak tahu nak gambarkan dengan kata-kata betapa bermaknanya awak kepada saya, namun, saya janji untuk berusaha demi kebahagiann awak. Sila dengar lagu Mencinta Kamu,” katanya,.

 

Leez, 33, dan Aepul, 32, mendirikan rumah tangga pada 27 Disember 2014.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak, Nur Saffiya Alisha yang kini berusia empat tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aepul Roza (@aepul.roza)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Kita Tak Boleh Bosan Antara Satu Sama Lain” – Pesan Aepul Untuk Isterinya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*