Nombor Plat Sebagai Hadiah Kahwin Untuk Balkisyh

Pelakon drama Mok Cun itu menganggap nombor plat dengan initial namanya BQK122 itu cukup memberi makna tersendiri buat dirinya.

“Saya cukup terharu bila suami hadiahkan nombor plat kereta yang tertera nama saya, BQK122.

“Selalu bila orang kahwin dapat kereta baharu, saya pula dapat nombor plat itu yang cukup istimewa bagi saya.

“Mungkin harga nombor ini dalam ribuan ringgit, saya pun tak tanya dengan suami,” katanya kepada mStar.

 

Balkisyh, 33, selamat diijabkabulkan dengan seorang penjawat awam, Mohd Nazri pada petang Sabtu.

Majlis akad nikah diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan dihadiri 20 tetamu.

Tambah Balkisyh, dia akan meletakkan nombor plat itu di kereta Honda City miliknya.

Sementara itu, berkongsi perancangan selepas berkahwin, Balkisyh berkata, dia akan meneruskan kerjaya lakonan selepas mendapat keizinan daripada suaminya.

“Suami tidak akan menghalang saya untuk terus berlakon, malah dia galakkan lagi. Dia faham dengan kerja saya dan tak cemburu bila saya ada babak-babak romantis dengan pelakon lelaki.

“Dia yang menjadikan saya manusia kuat seperti hari ini. Bila saya pernah melalui pelbagai masalah sebelum ini dia sentiasa ada dengan saya.

“Saya cukup bertuah dapat suami seperti dia,” katanya.

Balkisyh pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah drama, Mohd Aizad Rosli pada 2007 namun disahkan bercerai pada 5 September 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qalesya, 9, dan Muhamad Nor Qaisyh yang kini berusia empat tahun.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Nombor Plat Sebagai Hadiah Kahwin Untuk Balkisyh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*